KENALI 5 JENIS MAKANAN SUNNAH DAN KHASIATNYA

Antara makanan wajib terhidang sewaktu bulan Ramadan di atas meja adalah antara makanan sunnah terkenal iaitu kurma. Ramai yang akan mula membeli stok kurma setibanya Ramadan. Admin sendiri pun sudah beli stok kurma awal-awal lagi kerana menjadi satu kebiasaan berbuka dengan kurma dahulu sebelum berbuka. Anda pula bagaimana?

 

Jangan terus terkam air bandung atau soya cincau ya. Kalau kita di zaman kanak-kanak dulu, kurma kita letak tepi saja, yang menjadi tumpuan utama biasanya kuih-muih yang berwarna-warni. Tapi semakin kita dewasa, baru kita faham sunat makan kurma semasa berbuka dan rupa-rupanya khasiatnya pun banyak.

 

Tetapi bukan kurma sahaja tersenarai sebagai makanan Sunnah. Ada banyak lagi tau. Semuanya mengandungi khasiat yang hebat-hebat. Admin sendiri ingat lagi salah seorang rakan admin yang tak menyukai rasa kurma sebab terlalu manis, tetapi kurma juga ada banyak jenis, ada juga yang kurang manis dan rangup. Kena pandai cari sahaja. Apakah antara makanan Sunnah lain selain kurma? Mari kita sama-sama lihat:

Kurma

  1. Kurma

Seperti mana yang kita tahu, lebih ramai orang mengenali kurma sebagai salah satu makanan Sunnah kerana ia terkenal dengan khasiatnya yang sangat banyak. Kandungan fruktosa di dalamnya merupakan pembekal tenaga segera kepada kita. Selain kaya dengan sumber serat yang baik untuk kebaikan sistem penghadaman, ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk badan.

honey, wild, bee

Madu

  1. Madu

Madu, cecair keemasan dari lebah sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia terkenal dengan gelaran ‘natural healing’ di mana dapat membantu menyembuhkan luka, bagus untuk yang mengalami sakit tekak atau batuk dan ia juga memperkuatkan sistem pertahanan badan kita. Boleh juga disapu terus kepada luka kerana mempunyai ‘healing property’.

 

fig, fruit, healthy

Buah Tin

  1. Buah Tin

Buah tin merupakan antara buah yang admin selalu dapat sebagai hadiah dari rakan-rakan yang baru pulang dari Tanah Suci. Bijinya banyak, rasanya manis-manis masam sedikit. Tahukah anda buah tin sangat bagus untuk mereka yang mengalami sembelit. Ini adalah kerana kandungan seratnya banyak dan membantu melawaskan.

raisin, grapes, dry

Kismis

  1. Kismis

Kismis merupakan anggur yang dikeringkan danianya kaya dengan riboflavin dan folat serta ia juga mengandungi mineral surih yang boleh meningkatkan fokus dan meningkatkan memori. Kerana itulah kalau kita di sekolah dulu, ibu akan menyuruh kita makan kismis untuk kuatkan ingatan.

food, nature, appetizer

Minyak Zaitun

  1. Minyak zaitun

Minyak zaitun merupakan sejenis minyak yang dikenali sebagai minyak yang sihat untuk diambil atau dimasukkan ke dalam masakan. Ia mempunyai polyphenols iaitu antioksida semulajadi, lemak sihat yang kaya dengan omega 3 dan 6 yang mampu untuk menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan masalah jantung. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan tahap imun seseorang

 

            Selain senarai makanan di atas, ada lagi makanan Sunnah lain seperti habatussauda dan susu kambing. Ada sebab kenapa ia dikategorikan sebagai makanan Sunnah, iaitu ianya kaya dengan pelbagai manfaat kepada kesihatan.

 

Sempena bulan Ramadan ini, kita juga boleh membeli stok makanan Sunnah dan sediakan untuk berbuka atau sahur. Lebih senang jika anda boleh mengamalkan 1 sachet Entrusol Oats, minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol kerana ia bukan sahaja mengandungi oat, tetapi dia dilengkapi dengan 2 lagi makanan Sunnah iaiatu madu dan kurma. Maka dengan pengambilan makanan yang seimbang, anda boleh menikmati segala khasiat hanya dari 1 sachet sahaja. Selamat Berpuasa!

11 respons kepada “KENALI 5 JENIS MAKANAN SUNNAH DAN KHASIATNYA”

  1. baru tahu buah tin salah satu makanan sunnah. terima kasih admin

  2. Qawiyy Sharif berkata:

    Good article!

  3. Nabila berkata:

    Thanks info admin

  4. Syima Affandi berkata:

    Yeay entrusol pon ad most points kat sni

  5. Marhamah Qaseh berkata:

    makanan sunnah adalah yang terbaik

  6. Sasa Lee berkata:

    Ohh rupanya buah tin dan minyak olive juga makanan sunnah.

  7. Khuzaa berkata:

    Alhamdulillah kat rumah ni semua ada, kecuali buah tin hehe

  8. Najwa berkata:

    Thank you admin. Betul tu, ada byk lagi makanan sunnah yg lain.

  9. Nurul arifah berkata:

    Woww. Thankyku share admin ????????

  10. Xiao Thing Thing berkata:

    I really love alllll the sunnah foods ????????????

  11. Nurulhusna berkata:

    Betul tu minum entrusol Oat pon da dpt pahalaaaa sunnah

Tinggalkan Balasan kepada Qawiyy Sharif Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?