5 JENIS MAKANAN YANG WAJIB DIELAK SEMASA BERSAHUR

Selain berpuasa, antara momen yang kita ingati sewaktu Ramadan adalah bersahur. Paling seronok jika di zaman kanak-kanak, ibu akan berusaha mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur. Ada yang tak nak bangun, ada yang makan sambil tutup mata dan ada yang tertidur di dalam bilir air. Macam-macam karenahnya. Namun tiada siapa yang dapat menyangkal kepentingan bersahur, iaitu untuk memberikan bekalan tenaga secukupnya supaya kita dapat bertahan sepanjang hari di bulan puasa.

Ada yang suka makan berat sewaktu sahur, lauknya meriah macam makan tengahari. Ada yang tidak kisah hanya boleh makana sedikit sahaja. Apa-apa pun kita wajib tahu apa makanan yang wajib dielakkan sewaktu bersahur supaya kita tidaklah keletihan pada siang harinya.

Antara makanan dan minuman yang wajib dielakkan sewaktu bersahur adalah :

 

chillis, chillies, gardening

makanan pedas

  1. Makanan pedas

Makanan pedas memanglah pembuka selera, apatah lagi sambal penyet, sambal belacan, makan dengan nasi panas pun dah menyelerakan. Namun begitu, tahukah anda makanan pedas akan merangsang rasa haus. Sudah pasti lah kita tak mahu kehausan dan dahaga di siang hari. Apatah lagi makanan pedas berpotensi mengakibatkan keradangan kepada perut dan pengambilan makanan pedas akan mempertingkatkan rembesan asid di dalam perut yang boleh mengakibatkan gastrik.

breakfast, grapes, banana

Kopi

  1. Kopi

Bagi penggemar kopi, berita buruk untuk anda kerana kopi tidak disarankan diambil sewaktu bersahur. Ini adalah ia bersifat laksatif iaitu anda akan lebih kerap ke tandas dan membuang air besar dengan kerap.Asid di dalam kopi atau ‘cholorgenic acid’ pula merangsang rembesan asid perut. Malah kopi juga bersifat diuretik yang menyebabkan pengeluaran air dari badan dan menyebabkan dehidrasi. Sudah pasti anda akan kehausan.

tortilla chip, cornmeal salzgebäck, salty snack

makanan masin

  1. Makanan masin

Bayangkan makan nasi panas dengan ikan masin atau telur masin, ataupun bersama sardin di dalam tin. Menyelerakan bukan? Tetapi makanan masin akan menyebabkan kehausan di siang hari. Jumlah garam di dalam bahan perisa makanan seperti sos juga kan menyebabkan kehausan kerana mengandungi garam yang tinggi.

bread, flour, bakery

Karbohidrat sederhana

  1. Karbohidrat sederhana

Makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana seperti makanan manis , kuih-muih, gula-gula, minuman berkarbonat akan mengakibatkan pelepasan tenaga dengan cepat. Anda akan mudah berasa kenyang tetapi anda juga akan merasa lapar dengan cepat. Apa yang anda boleh buat, ambil pemakanan karbohidrat kompleks yang akan mana tenaga akan dilepaskan perlahan-lahan dan mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama. Contoh makanan karbohidrat kompleks adalah seperti oat, beras perang, barli dan gandum.

hamburger, foot, burger

Makanan Tinggi Lemak

  1. Makanan berlemak tinggi

Makanan jenis ini akan memburukkan simptom sembelit kerana ia akan membebankan sistem penghadaman. Asid perut juga akan dirembeskan dengan lebih banyak dan menghakis lapisan perut. Jika anda teringin makan ayam goreng, gantikan dengan ayam bakar kerana ia lebih sihat.

 

Maka nak bersahur pun perlu pilih jenis makanan yang betul supaya anda kekal kenyang lebih lama sewaktu siang. Jika anda mahu makan makanan karbohidrat kompleks, anda boleh mengamalkan pengambilan 1 sachet Entrusol Oats iaitu minuman bijirin oat dengan kurma dan madu di mana anda juga akan mendapat kebaikan madu dan kurma bersama-sama.

 

Rasanya juga sedap tidak seperti oat biasa, malah ia memberikan anda tenaga yang diperlukan semasa berpuasa. Nikmati 1 cawan panas bancuhan Entrusol Oats yang bakal menceriakan hari anda!

 

clik this picture for more about this promo

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?