4 MITOS DIET YANG ANDA WAJIB ABAIKAN!

Saya nak kurus!”..Kerapkali kita akan dengar lontaran-lontaran ayat ini yang sudah lama didendangkan dari awal tahun sehingga kini. Ramai yang berhasrat begitu, tetapi ramai yang tidak tahu cara sebenar untuk diet atau turunkan berat badan secara sihat. Lebih ramai gemarkan cara yang cepat dan nak laju saja tanpa memikirkan tentang keburukan jangka panjangnya. Nak berdiet ni haruslah konsisten dan bukan berlaku dalam masa yang singkat. Kena sabar ya, sebab masa kita makan sampai berlebihan lemak tidak pula kita sabar dan tidak fikirkan kesan jangka masa panjang.

Jika anda lihat tips diet memang banyak di dalam laman sosial. Pelbagai cara sehingga sekali anda tak buat pun. Paling penting kena tahu cara yang betul dan jangan kisahkan mitos-mitos berkaitan diet yang tidak membantu anda langsung. Kenali diri anda dan tetapkan target. Mari kita bongkarkan apakah 6 mitos diet yang wajib kita abaikan:

 

  1. Produk makanan rendah lemak adalah pilihan yang sihat

Jika anda ke pasaraya sudah pasti anda akan dapat lihat pelbagai produk di atas rak dengan tag ‘low fat’. Namun adakah anda tahu tak semua produk rendah lemak ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan? Buktinya kebanyakan produk makanan yang rendah lemah mempunyai kandungan gula yang tinggi. Gula mempunyai kalori tambahan yang badan anda tidak perlukan dan boleh menyebabkan kegemukan. Makanan yang kelihatan sihat seperti bijirin penuh, jika dilihat di label makanan, rupa-rupanya tinggi kandungan gula. Maka hati-hati dengan tag ‘ low fat’.

 

  1. ‘Snacking’ tidak dibenarkan semasa sedang diet

Snacking di antara waktu makan adalah dilarang sama sekali ketika berdiet adalah info yang salah. Anda sebenarnya boleh dan dibenarkan untuk ‘snacking’ kerana ia boleh mengawal selera anda. Namun begitu pilihlah snek yang sihat seperti kacang almond, roti bijirin penuh dengan mentega kacang, epal hijau dan timun jepun. Namun awas dengan kuantitinya kerana jika diambil dalam kadar yang banyak ia akan meningkatkan jumlah kalori.

nuts, almonds, seeds

  1. Penggunaan supplemen percepatkan proses kurus

Admin pasti anda sering melihat iklan-iklan kurus dengan cepat, tanpa senaman, tanpa perlu kawal makan di laman-laman sosial. Tetapi bagi admin, semua ni tak betul kerana tiada jalan pintas nak kurus. Kalau cepat trurun berat badan, maka sesuatu yang tak kena pada suplemen itu. Kesan jangka panjangnya pula amat menakutkan seperti kegagalan buah pinggang dan jantung. Ada ubat kurus yang turunkan berat dengan kadar cepat tetapi akan naik baik mendadak ketika berhenti. Cepat tak semestinya bagus. Gunakan cara dan dapatkan nasihat yang betul. Jangan kerana nak kurus, anda bahayakan nyawa.

pill, healthcare, medicine

  1. ‘Crash diet’ boleh membantu turun berat badan dengan sihat

Cara ini memang cepat tetapi sebenarnya apabila anda ‘crash diet’, kebanyakanya akan terus tidak makan atau hanya makan sayur sahaja yang mana merupakan gaya pemakanan yang tidak sihat sama sekali.  Jangka masa pendek memang anda boleh turun berat badan, tetapi ia tidak bagus untuk jangka masa panjang. Gaya diet sebegini bukan hanya menghilangkan lemak, malah ia juga menurunkan otot badan. Apabila badan mula kehilangan otot, badan akan menurunkan kadar metabolic badan di mana badan anda memberi isyarat ia memerlukan sejumlah sedikit sahaja  kalori setiap hari. Jika anda berhenti kawal pemakanan, maka risiko berat badan anda naik kembali adalah sangat tinggi dan boleh menyebabkan kegemukan.

 

Ada banyak lagi mitos berkaitan diet tetapi admin kongsikan 4 fakta dahulu kerana ini yang paling popular dipercayai oleh masyarakat kita. Harus diingat kita mahu turun berat badan kerana mahu sihat dan bukan semata-mata untuk penampilan luaran sahaja.

 

Apabila kita mempunyai berat badan yang ideal dengan BMI yang sihat, kita sebenarnya dapat mengelakkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah penyakit tidak berjangkit ( NCD ) seperti kencing manis, penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi. Kesemua penyakit ini sangat umum di kalangan masyarakat kita dan kebanyakannya berpunca dari masalah obesiti.

 

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang agar anda mendapat nutrien yang baik. Anda juga boleh mencuba minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol yang bukan sahaja sedap malah ia mengandungi kolaborasi 3 ramuan utama. Ini termasuklah oat, madu dan kurma, 3 bahan utama yang menjadi salah satu menu bagi mereka yang ingin berdiet. Bulan puasa ini apakata kita ambil pendekatan untuk turunka berat kerana alang-alang kita kurang makan, kita  kawal kalori dan amalkan tips-tips diet yang baik. Sama-sama kita kekal sihat di bulan yang mulia ini bersama Entrusol!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?