5 PENYEBAB ANDA KETAGIHAN GULA !

Bulan puasa kali ini anda berjaya tak kawal pengambilan gula harian anda? Admin nak tanya, semalam masa berbuka minum air apa? Jika air kosong, tahniah! Satu langkah permulaan yang baik! Tetapi jika air jagung, sirap selasih, lai chee kang dan ‘ice blended’…maknanya sebahagian keprluan kalori harian anda hanya datang dari air sahaja. Risiko naik berat badan pun meningkat tau!

Kenapa ada orang memang tak boleh kawal pengambilan gula? Kalau sehari tak minum air manis macam menggelupur semacam. Rasa hidup tak lengkap. Sebenarnya ini kawalan minda kita sahaja. Sudah jadi kebiasaan. Jika kita ubah secara perlahan-lahan, insyaallah boleh kita tukar tabiat tak sihat ini.

 

Jom kita kenali apakah 7 petanda anda ketagihan gula :

 

  1. Terasa nak makan benda-benda manis sebekum dan selepas makan menu utama

Bayangkan jika anda sudah selesai makan menu utama semasa berbuka. Katakan habis sepinggan nasi ayam, anda rasa macam tak lengkap. Tekak seperti  meminta-minta makanan manis seperti kuih manis, air manis ataupun kek dan pencuci mulut. Ini lah petanda anda sudah ketagihan gula.

black coffee, macaroons, close-up

  1. Kerap rasa teringin makan makanan manis sewaktu lewat malam

Selepas berbuka, solat Isyak dan selesai terawih, tekak terasa nak makan brownies, kek coklat, kek red velvet, aiskrim…ini juga petanda ketagihan gula.

candy, sweetmeats, sweets

  1. Kerap rasa lapar sahaja

Sesiapa yang bersahur dengan banyak makanan manis kebiasaannya akan mudah terasa cepat lapar di siang hari. Ini adalah kerana gula adalah karbohidrat ringkas yang senang dan cepat diproses. Maka anda akan cepat rasa lapar.

women, girl, woman

  1. Anda kepenatan dan stress

Sesiapa yang kurang tidur dan rehat akan cenderung makan lebih banyak dan ‘cravings’ bahan makanan manis. Stress juga akan mencetuskan ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Kita akan biasanya melayan ‘mood swing’ dan cenderung mencari makanan-makanan manis untuk memuaskan hati.
girl, woman, young people

 

  1. Makan makanan kekurangan nutrien

Sesiapa yang biasa mengamalkan pemakana tidak seimbang dengan kandungan nutrisi yang tidak lengkap untuk badan akan biasanya ketagihan gula. Badan kita memerlukan nutrisi untuk melengkapkan proses metabolism, maka jika badan kita kurang nutrisi,  badan kita akan memberi isyarat lapar dan anda akan cenderung mencari makanan yang manis.

eating, restaurant, food

Pengambilan gula yang terkawal memang bagus kerana tidak mungkin anda boleh terus menghentikan pengambilannya sejak bertahun lamanya terbiasa dengan makanan manis. Namun amalkan lah konsep besederhana. Contohnya kurangkan gula secara perlahan-lahan. Jika biasa ambil 5 sudu teh gula ke dalam air kopi panas anda, kurangkan lah kepada 3 sudu sahaja. Kurangkan pengambilan pencuci mulut seperti kek, pudding, jeli dan lain-lain kerana sumber gulanya sangat banyak.

 

Bahaya gula kepada kesihatan memang sangat banyak. Namun selain menjaga kandungan gula, harus juga mengawal tabiat pemakanan kita. Banyakkan pengambilan serat dan lakukan senaman ringan. Anda boleh juga amalkan 1 sachet minuman bijirin oat Entrusol dengan ekstrak kurma dan madu kerana ia mengandungi kurang gula. Apatah lagi ia dilengkapi dengan pelbagai makanan sihat yang badan anda perlukan.

 

Jom sama-sama kita jaga kesihatan tubuh badan sepanjang Ramadan ini. Tetapkan disiplin untuk dapatkan berat badan ideal menjelang raya nanti. Entrusol sentiasa menyokong anda di dalam usaha menyihatkan badan anda sekeluarga. Selamat berpuasa dari Entrusol!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?