6 TIPS ELAK MAKAN BERLEBIHAN DI BULAN RAMADAN

Alhamdulillah puasa tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana ketiadaan bazar Ramadan yang biasanya menjadi tradisi rakyat Malaysia. Jika wujud bazar Ramadan agaknya berapa lah duit yang kita bazirkan kerana ramai yang membeli dengan nafsu yang membuak-buak. Iyalah, bayangkan kita ke bazar Ramadan pada lebih kurang pukul 6 petang,ini merupakan waktu kecemasan dan paling kritikal di dalam satu hari kerana inilah masanya kita akan berasa terlalu lapar sehingga rasa tiada tenaga dan rasa macam mahu terus berbuka puasa. Itu yang berlaku beli lebih dari keperluan sehingga membazir, rasa semuanya teringin.

 

Namun tahun ini kita berkesempatan berpuasa di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) di mana tiada bazar Ramadan, kalau ada pun hanya boleh order online. Selebihnya ramai yang masak sendiri di rumah. Bagus kerana lebih sihat dan bersih serta jimat duit! Walaupun ada yang masak sendiri di rumah, ada juga terlepas sikap suka makan berlebihan sewaktu berbuka. Contohnya menu utama nasi arab, kuih tepung pelita, kuih karipap, air bandung cincau, muratabak dan roti john. Wah! Banyak betul! Ini memanglah sudah berlebihan. Agaknya bagaimana nak kawal nafsu semasa berbuka supaya tidak berlebihan melahap segala juadah di atas meja? Ini tips nya:

 

  1. Makan di tempat yang bersesuaian

Makan dengan etika yang betul di mana di meja beserta kerusi dan bukan di hadapan televisyen. Jika anda makan sambil menonton, anda tidak akan fokus kepada makanan anda dan tanpa perasan akan makan dan terus makan sehingga tidak perasan sudah terlebih makan.

 

  1. Letakkan sudu dan garpu di antara suapan

Anda boleh melambatkan kunyahan makanan dengan berhenti seketika dan menguyah sewaktu meletakkan sudu garpu di pinggan. Ini akan memberi kita lebih masa untuk menikmati makanan dan fokus kepada setiap kunyahan. Makan dengan lebih perlahan akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

 

  1. Peruntukkan tempoh 20 minit dan nikmati makanan anda

Jangan tergopoh gapah makan, tetapi makan dengan perlahan dan nikmati setiap kunyahan. Jika makan terlalu cepat, penghadaman tidak akan sempurna dan anda akan rasa lapar dengan lebih cepat.

 

  1. Pilih makanan berserat

Makan makanan berserat bagi memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Serat akan mengembang dan memenuhkan bahagian perut, maka anda tidak akan rasa untuk makan lagi.

 

  1. Kunyah 25 ke 30 kali dan makan sehingga 80% kenyang

Jangan makan dan terus telan, sebaliknya kunyah perlahan-lahan bagi memastikan sistem penghadaman dapat berfungsi dengan lebih baik. Jangan memaksa makan sehingga terlalu kenyang kerana ia akan membuatkan anda berasa kembung.

 

  1. Makan tanpa gangguan

Makan lah di tempat yang menenangkan di mana tiada atau kurang ‘distraction’. Jika berlaku gangguan contohnya sambil menelefon atau ‘texting’, fokus anda akan terganggu dan tanpa sedar, akan terlebih makan.

 

Berpuasa sepatutnya menjadi titik tolak di mana kita sudah mula budaya atau tabiat sihat iaitu mengurangkan makan. Terdapat penganut agama lain yang suke mengamalkan puasa kerana untuk faktor kesihatan. Ada seorang rakan admin berbangsa Tiong Hua suka berpuasa kerana sejak berpuasa kandungan gula dalam darahnya telah turun. Ada juga yang tekanan darah menurun ketika berpuasa. Begitu besar impak makanan kepada tahap kesihatan kita. Dengan kawal pemakanan, banyak penyakit dapat dipulihkan.

 

Selain itu, pilihlah jenis makanan yang sihat dan banyakkan minum air kosong dan jauhi minuman manis. Anda boleh tambahkan sajian 1 peket minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol yang sangat sarat dengan kepingan oat. Khasiat kurma dan madu juga antara ramuan yang mempunyai manfaat besar pada tubuh badan kita. Mudah disediakan dan sedap! Mulakan budaya makan makanan yang sihat bagi mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat!

 

3 respons kepada “6 TIPS ELAK MAKAN BERLEBIHAN DI BULAN RAMADAN”

  1. Sasa Lee berkata:

    Wahh sangat bernas tips nombor 2 dan nombor 3! Sis nak amalkan! ????

  2. Marhamah berkata:

    wow info yang menarik????…terima kasih admin

  3. faten berkata:

    woww thanks admin

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?