AWAS ! KETAHUI KANDUNGAN KALORI DI DALAM 8 JENIS JUADAH HARI RAYA

Bergema takbir di pagi raya, tanda kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan. Alhamdulillah kita berkesempatan berjumpa dengan Syawal lagi tahun ini , tetapi dengan norma yang baru. Di mana kita tidak berkunjungan ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai, kita juga kekal di rumah tanpa bersolat sunat Aidilfitri di masjid mahupun surau. Di sebalik kelainan Syawal pada kali ini, kita masih bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik sehingga ke hari ini.

 

            Setibanya Syawal, maka berakhirlah rutin harian kita untuk bersahur seawal 5 pagi. Waktu sarapan kita juga sudah dianjak ke waktu biasa iaitu 7 ke 8 pagi. Maka di hari raya yang pertama ini, admin pasti ramai yang tidak sabar-sabar nak menjamah juadah istimewa sempena raya ini.

 

Namun begitu, janganlah makan secara berlebihan, kerana kandungan kalori di dalam setiap juadah raya juga bukan calang-calang. Jangan kita turun berat di sepanjang Ramadan tetapi naik balik menjelang Syawal. Mari kita lihat kandungan kalori di dalam 8 jenis juadah popular di hari raya. Mungkin anda akan lebih berjaga-jaga setelah mengetahui kandungan kalorinya.

 

  1. Lemang

Menu wajib di hari raya semestinya lemang. Jika tiada lemang seolah-olah tidak lengkap raya kita. Sepotong lemang boleh mencapai kandungan kalori sebanyak 100 kalori. Bayangkan anda biasanya bukan makan hanya sepotong. Jika anda mahu membakar kalori ini, anda harus berjalan kaki selama 30 minit ataupun jogging selama 15 minit.

 

  1. Ketupat

Adik-beradik lemang yang juga merupakan menu wajib di hari raya.  8 kiub kecil ketupat bersamaan dengan 80 kalori, maka jika mahu membakar kalori ini, silalah berjalan kaki selama 20 minit dan mengayuh basikal selama 15 minit. Kebiasaannya ketupat dimakan bersama rendang, maka bertambah-tambahlah kandungan kalori anda.

 

  1. Rendang ayam

Juadah kesukaan semua orang di hari raya. Jika anda menikmati 2 ketul kecil ayam rendang, jumlah kalorinya adalah 100 kalori. Bersedia untuk berjalan kaki selama 30 minit dan dan berjogging selama 15 minit untuk membakar lemak ini.

 

  1. Kuah kacang

Kuah kacang sering dinikmati bersama ketupat nasi. 1 senduk kuah kacang bersamaan dengan 130 kalori. Jadi jangan limpahkan sangat kuah kacang itu ya. Cukuplah sekadar merasa.

 

  1. Lontong

Semangkuk kuah lontong mengandungi jumlah kalori sebanyak 260 kalori. Wah banyak betul ya! Jangan risau anda boleh merasanya tetapi jangan sampai bermangkuk-mangkuk ya. Untuk membakar kalori ini, anda perlu berjalan kaki selama 70 minit!

 

  1. Almond London

Wow ini juga kuih raya kegemaran ramai. Bayangkan 1 biji almond London bersamaan dengan 50 kalori. Jika anda ambil 4 biji almond London, sudah menjangkaui 200 kalori!

 

  1. Tart nenas

Antara biskut raya yang digemari sejak turun temurun adalah tart nenas. 1 biji tart nenas bersamaan dengan 50 kalori. Jangan makan 1 balang ya!

 

  1. Kerepek pisang

Antara juadah sampingan yang sering dijadikan santapan sewaktu menonton televisyen beramai-ramai. Jangan ingat ia rendah kalori ya. 3 keping kerepek pisang bersamaan dengan 40 kalori dan kebiasaannya kita akan makan tanpa henti kerana leka dengan kerangupannya. Hati-hati dengan kalori membukitnya.

 

Bagi mereka yang berdiet dengan gigih sewaktu bulan puasa pasti terkejut dengan kandungan kalori dalam setiap juadah kegemaran kita. Namun begitu jangan risau kerana bukan tak boleh rasa langsung, jamahlah sedikit. Cuma jangan makan sampai lupa diri. Nanti kandungan kalori akan bertambah-tambah.

 

Admin nasihatkan anda minum air kosong sahaja supaya anda boleh menikmati juadah lain dengan lebih banyak. Elakkan minuman berkarbonat. Jangan makan sarapan dengan makanan berat kerana kita baru selesai berpuasa selama 30 hari. Mulakan dengan sarapan sihat dan mesra perut seperti minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol. Nikmati nutrisi hebat dari gabungan 3 ramuan utama iaitu oat, kurma dan madu hanya di dalam 1 peket sahaja. Entrusol juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat anda semua!

 

 

Kredit Gambar : ohbulan

Satu respons kepada “AWAS ! KETAHUI KANDUNGAN KALORI DI DALAM 8 JENIS JUADAH HARI RAYA”

  1. Najwa berkata:

    Thank you admin utk info nie.. hahaha.. saya suka makan ketupat palas.. haiyoo..????????

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?