DYSPHAGIA: KENALI 8 SIMPTOM KESUKARAN MENELAN

Sistem penghadaman merupakan sistem yang unik kerana ia penuh dengan 1001 fungsi penting untuk kelangsungan sistem tubuh badan. Daripada mulut sehinggalah ia diproses di perut dan di kedua-dua usus besar dan kecil sampai ke rektum dan anus di mana sisa-sisa yang tidak diperlukan badan disingkirkan, kesemua organ terlibat memainkan peranan masing-masing yang penting.

Seringkali kita hanya fokuskan kepada penghadaman di perut dan usus sehinggakan kita lupa, sistem penghadaman bermula seawall di mulut di mana kita mula-mula memasukkan makanan. Bayangkan anda ke sebuah majlis hari jadi, anda ternampak sebiji kek coklat yang disaluti cecair coklat dan ‘cheese’ yang enak, tatkala anda mula memasukkan kepingan kek ke dalam mulut, ia akan disaluti air liur atau ‘saliva’ dan apabila anda menelan, proses yang berikutnya akan diteruskan.

Pernahkah anda dengar satu kondisi masalah penghadaman yang digelar sebagai ‘dysphagia’ atau kesukaran menelan? Dysphagia merupakan satu kondisi di mana seseorang itu sukar untuk menelan dan mengalami kesakitan sewaktu menelan makanan. Seseorang yang mengalami masalah ini kebiasannya memerlukan usaha yang lebih untuk menggerakkan makanan dari mulut ke perut , berrbeza dengan mereka yang normal. Masalah ‘dysphagia’ dikatakan berpunca dari masalah saraf atau otot dan seringkali lebih cenderung menyerang warga emas dan bayi.

 

Kali ini admin ingin berkongsi beberapa simptom atau petanda jika seseorang itu mengalami ‘dysphagia’, antaranya termasuklah:

  1. Berasa sakit sewaktu menelan
  2. Merasakan seolah-olah terdapat makanan yang tersekat di bahagian tekak ketika menelan
  3. Pedih ulu hati di mana seseorang itu berasa pedih dan sakit di bahagian dada ketika menelan.
  4. Menghasilkan air liur yang lebih banyak dari biasa di mana seseorang itu mengalami kesukaran mengawal penghasilan air liur
  5. Penurunan berat badan yang mendadak
  6. Mudah tersedak apabila makan
  7. Asid refluks di mana asid dari perut akan mengalir balik ke kawasan esofagus menyebabkan terasa pedih dan juga menyebabkan suara menjadi garau
  8. Kesukaran bernafas ketika menelan

Jika masalah ‘dysphagia’ berlaku kepada golongan bayi, kebiasannya mereka akan menunjukkan petanda seperti enggan makan, pengaliran air liur yang banyak. Sukar bernafas ketika menelan dan penurunan berat yang banyak.Ibubapa harus peka terhadap perubahan pada anak mereka sekiranya mengenalpasti tanda-tanda sebegini.

Masalah ‘dysphagia’ lebih cenderung menyerang golongan berusia bertepatan dengan keadaan badan yang semakin merosot prestasinya akibat penuaan. Ia akan menjadi lebih buruk kepada mereka yang mengalami masalah Parkinson. Antara keburukan jika masalah ini tidak diatasi adalah ia boleh menyebabkan malnutrisi iaitu kekurangan zat yang berguna untuk badan akibat tidak makan secukupnya. Selain itu adalah masalah dehidrasi yang juga boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak diselesaikan dengan segera.

MyFiber by Entrusol juga sangat prihatin kepada isu-isu masalah yang berkaitan dengan penghadaman. Di page MyFiber HQ ini, kami sentiasa memberikan pelbagai info bermanfaat khas untuk ‘followers’ kami yang sering melayari laman ini. Ingatlah bahawa sistem penghadaman sangat penting kerana saban hari kita makan pelbagai jenis makanan, semua makanan itu harus diproses dan jika baik makanan yang dimakan, maka pelbgai nutrisi baik yang dapat kita manfaatkan. Bagi pengikut setia MyFiber, jangan lupa amalkan 1 sachet MyFiber by Entrusol setiap malam bagi kelancaran pembuangan air besar dan kesihatan usus kita. Sama-sama kita tambahkan ilmu berkaitan sistem penghadaman kita.

 

 

 

Satu respons kepada “DYSPHAGIA: KENALI 8 SIMPTOM KESUKARAN MENELAN”

  1. Najwa berkata:

    Wahhh.. saya pun kadang2 pernah mcm nie sbb makan laju sangat. Thank you admin untuk info ini.. ????????????

Tinggalkan Balasan kepada Najwa Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?