5 TIPS MUDAH DAPATKAN BERAT BADAN UNGGUL

Siapa yang tidak idamkan bentuk badan yang langsing dan menarik. Namun begitu, selain faktor imej fizikal, yang lebih penting adalah kesihatan seseorang itu. Ramai yang mahu kurus semata-mata untuk kekal cantik dan menawan sehinggakan terlupa sebab yang lebih penting iaitu mahu kurus atas faktor kesihatan. Kita nak kurus kerana kita mahukan kesihatan yang baik. Lihat sahaja betapa banyak penyakit yang berpunca dari masalah obesiti.

 

Bagi mendapatkan berat badan yang sihat, anda juga perlu tahu mengira nilai BMI anda. Setiap nilai akan menunjukkan tahap kesihatan anda samada berat badan yang ideal , kurang ataupun berlebihan. Merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 5 tips mudah untuk dapatkan berat badan yang sihat.

 

Antaranya termasuklah :

 

  1. Amalkan suku-suku separuh pada waktu sarapan, tengahari dan malam.

Konsep suku-suku separuh bermaksud suku bahagian pingga diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti. Suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang, manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur.

 

  1. Minum air kosong setiap kali pada waktu makan utama

Elakkan mengambil air manis dan perbanyakkan minum air kosong . Pengambilan air yang mencukupi akan dapat membantu badan anda detoks dan mempertingkatkan kebolehan penyerapan yang lebih baik.

 

  1. Pilih snek sihat seperti buah dan kekacang

Sudah pasti anda akan merasa lapar di antara waktu makan. Maka yang terbaik adalah anda pilih snek dari sumber buah dan kekacang kerana ia boleh memberikan rasa kenyang lebih panjang kerana kandungan seratnya serta mempunyai pelbagai nutrisi yang diperlukan badan. Elakkan pengambilan makanan segera atau snek seperti gula-gula kerana ia tinggi kalori dan dikhuatiri mengganggu proses menurunkan berat badan.

 

  1. Kurangkan gula, lemak, garam dan kekerapan makan di luar

Sewaktu makan, adalah penting untuk mengurangkan gula , lemak dan garam. Kesemua ini merupakan sumber terbaik untuk menyebabkan kenaikan berat badan. Jika boleh, amalkan makan di rumah dan kurangkan makan di luar kerana jika makan di luar, kita tidak mampu untuk mengawal jumlah gula, lemak dan garam yang diletak di dalam masakan. Manakala jika di rumah, kita boleh bebas mengawal kuantiti ketiga-tiga bahan makanan ini. Amalkan minum air kosong yang berkalori kosong dan elakkan minum minuman bergula.

 

  1. Luangkan masa untuk bersenam 30 minit sehari

Sesibuk mana pun kita, jangan lupa luangkan masa untuk bersenam. Sangat penting untuk kita kekal aktif supaya kesihatan mental kita terjaga dan badan juga akan lebih cergas dan anda akan merasa positif!

 

            Jadi sekiranya anda di dalam proses mahu menurunkan berat badan, anda bolehlah mengamalkan kelima-lima tips yang admin kongsikan tadi. Amalkan pemakanan yang sihat seperti mengawal minyak dan kurangkan garam. Banyakkan pengambilan serat kerana ia berkesan membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama.

 

Pilihlah jenis makan yang mesra jantung iaitu oat yang terbukti boleh membantu mengurangkn masalah penyakit jantung. Anda boleh mencuba minuman bijirin oat dengan campuran kurma dan madu Entrusol. Hanya di dalam 1 sachet, pelbagai manfat dapat dinikmati oleh tubuh badan. Nikmati keceriaan dan keunikan bersama ‘Entrusol Oats’ yang memberikan pelbagai manfaat terhadap tubuh badan manusia. Jom sama-sama kita nikmati secawan Entrusol Oats!

 

 

 

 

Kredit : laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia

3 respons kepada “5 TIPS MUDAH DAPATKAN BERAT BADAN UNGGUL”

  1. C.k.a berkata:

    Thanks for the tipss. ❤️

  2. marhamah berkata:

    thank for the info

  3. Najwa berkata:

    Wahh.. tipss yang membantu sangattt. Thank you admin

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?