5 SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA WAJIB MAKAN SAYUR DAN BUAH

Admin sejujurnya rasa ramai penggemar buah kerana buah kan pelbagai jenis dan rasanya juga sedap dan kebanyakannya manis pula. Jadi susah kita nak jumpa orang yang tidak gemarkan buah. Tetapi kalau sayur, haa… kita pasti akan terjumpa yang langsung tidak berselera dengan dedaun hijau ni.

 

Admin masih ingat salah seorang teman lama admin yang memang langsung tak suka makan sayur. Bila nampak sayur, boleh termuntah dan kalau makan bihun goreng yang dicampur dengan sayur sawi, sudah pasti dia yang paling lambat selesai makan. Ini adalah kerana dia kena asingkan semua sayur itu dulu, barulah dia makan bihun sahaja. Aduhai, sayur banyak khasiat tau, rugi siapa yang tak nak makan sayur tu.

Jom kita sama-sama belajar 5 sebab kenapa kita wajib makan buah dan sayur sebagai sumber serat kita menurut penulisan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Kulit yang cantik

Sayur dan buah sudah pasti kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Contohnya bayam dan tomato yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Ramai yang mengamalkan pemakanan sayur bayam dan tomato biasanya akan mendapat kulit yang halus, gebu dan anjal. Apatah lagi ia bagus untuk melawan kesan penuaan.

 

  1. Tulang dan gigi yang kuat

Kalsium sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Memang betul anda boleh dapatkan dari minum susu, tetapi buah seperti oren, kiwi,markisa dan sayur seperti bayam,brokoli dan asparagus merupakan jenis sayur yang kaya dengan sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

  1. Mata yang sihat dan bersinar

Jika anda mahu mata sihat, amalkan sumber pemakanan yang kaya dengan Vitamin A. Vitamin A memang terbukti bagus untuk kesihatan mata dan anda boleh makan sayuran seperti lobak merah, sayur kale  dan tomato. Manakala anda juga boleh dapati vitamin A dari buah-buahan seperti apricot, tembikai dan limau gedang. Mata tidak boleh diganti jika rosak, maka jagalah ia dari peringkat awal.

  1. Rambut yang sihat

Tahukah anda buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C mampu membekalkan kolagen yang menguatkan kapilari yang menguatkan akar rambut. Antara buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C termasuklah  brokoli, jambu batu, buah blueberi, kiwi, betik dan strawberi. Rambut yang sihat akan memberikan penampilan yang lebih positif dan menambahkan lagi keyakinan diri seseorang itu.

  1. Gusi yang sihat

Untuk mendapatkan gigi yang cantik dan kuat, anda perlu memiliki gusi yang sihat. Amalkan buah seperti pir, melon, seleri dan timun yang kaya dengan kandungan air kerana ianya baik untuk kesihatan gusi dan seterusnya gigi. Abaikan buah-buahan seperti lemon, limau gedang, oren kerana ia tinggi kandungan asid yang boleh menghakis enamel gigi menyebabkan gigi mudah reput. Apabila gigi reput, maka gusi juga menjadi tidak kuat dan mudah dijangkiti bakteria.

 

Jika anda prihatin terhadap berat badan dan kesihatan anda, amalkan separuh pinggan anda terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan pengambilan buah yang manis kerana ia tinggi kalori seperti durian dan manga, ia juga kurang baik untuk diet yang sihat. Pengambilan buah dan sayur sangat bagus untuk memastikan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik.

 

Anda juga boleh menambah sumber serat yang baik untuk detoks badan dengan mengamalkan 1 sachet MyFiber by Entrusol setiap malam. Campurkan 1 sachet MyFiber by Entrusol di dalam 150 ml air suhu bilik atau lebih baik air sejuk ( di dalam shaker ), goncangkan dan terus minum. Nikmati kehebatan kesan serat larut air dan tidak larut air dengan kehebatan spirulina dan prebiotik kepada tubuh badan anda. Jangan lupa juga amalkan minum air kosong setiap hari dan rajinkan diri anda bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif! Ingat usus sihat, ingat MyFiber by Entrusol!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?