4 TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN YANG BERLEBIHAN

Nasib baik tahun ni tak ada buffet Ramadan untuk iftar 2020. Kalau tidak, rasanya ramai juga yang naik berat badan dalam bulan Ramadan tempoh hari. Memang betul, buffet Ramadan biasanya membuatkan kita cenderung tambah berat badan! Bayangkan dalam tempoh 2 jam, anda boleh menghabiskan lebih dari 2 menu sajian utama, ditambah pula dengan ‘dessert’ dan pelbagai minuman manis dengan warna yang variasi. Memang pasti tambah berat badan, bak kata orang zaman sekarang ‘ badan naik bagai di pam pam’.

 

Admin ada seorang rakan yang sangat sukakan buffet. Kalau kami pergi ke buffet bersama-sama, kita akan lihat dia hanya duduk di kerusi dalam beberapa minit sebelum bangun lagi untuk tambah makanan lain. Wow marathon yang dia lakukan dalam kawasan buffet memang memberangsangkan, kalah Watson nyambek! Tapi inilah tabiat makanan yang tidak sihat atau kita gelar sebagai ‘over eating!’ Macam mana kita nak kawal diri daripada makan dengan keterlaluan dan bolehkah nak kawal nafsu nak makan yang sedang membuak-buak ini?

 

Jom kita lihat 4 tips ini yang boleh membantu anda.

 

  1. Amalkan salad sayur-sayuran atau sup sebelum makan. Apabila perut anda terisi dengan air sup atau serat dari sayur-sayuran ini, perut akan terasa penuh dan anda akan kurang berasa lapar. Maka takkan berlaku masalah tak boleh kawal nafsu makan.

 

  1. Makan buah berbanding jus buah atau buah-buahan yang dikeringkan supaya anda lebih berasa kenyang lebih lama. Buah-buahan segar lebih tinggi serat dan bagus untuk penghadaman yang baik. Cuba anda minum segelas jus epal dan bandingkan dengan makan sebiji epal, anda pasti rasa lebih kenyang dengan makan sebiji epal.

 

  1. Jika anda mahu makan bijirin, roti atau pasta pilihlah yang dihasilkan dari sumber bijirin penuh ‘whole-grain’. Ianya lebih tinggi serat dan serat tinggi akan memenuhkan perut anda. Maka tidaklah wujud lagi nafsu raksasa untu membaham semua jenis makanan.

 

  1. Jika anda makan sajian salad, jangan lah hanya makan salad kosong. Anda pasti lah akan memberontak kelaparan selepas itu. Sebaliknya tambahkan beberapa kepingan ayam grill bahagian dada atau telur rebus, tofu, kekacang ataupun ikan bagi menambah sumber protein yang boleh buatkan anda lebih kenyang.

 

Paling penting, untuk mengawal nafsu yang berleluasa, anda perlulah disiplin. Datanglah sekawah kari kepala ikan di hadapan anda, jika anda setkan minda untuk mahu kekal berdisiplin dan mengawal diet, pasti anda akan terselamat daripada menjadi mangsa makan secara berlebihan.

 

Antara tips yang bagus untuk mengawal nafsu lapar adalah minum air kosong setiap kali anda terasa lapar, jika masih lapar ambillah snek yang sihat seperti segenggam kacang almond. Pilih makanan yang boleh buatkan anda tahan lebih lama seperti oat. Tak sedap? Haaa..inilah masa terbaik nak cuba minuman bijirin oat Entrusol yang ditambah dengan madu dan kurma. Sudahlah rasanya sedap, kepingan oatnya juga banyak. Boleh dijadikan sebagai sajian di waktu pagi menggantikan juadah nasi lemaj yang tinggi kalori itu. Secara tidak langsung anda juga dapat memulakan langkah kecil untuk mula mengamalkan pemakanan yang sihat. Jom kekal ceria bersama Entrusol Oat Cereal Drink! Simply funtaste..tikk!!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?