ANDA PEMINAT YOGURT? KENALI 5 KEBAIKAN GREEK YOGURT

Masamnya! Rasa macam makanan basi! Ni rata- rata komen dari mereka yang tak gemarkan yogurt. Kenapa yogurt rasanya masam? Haa.. ini adalah sebab yogurt dihasilkan dari proses fermentasibatau penapaian dari bakteria baik. Sebab itu lah rasa masam kerana gas yang dibebaskan.

Cuma rasa masam yogurt tak lagi menyerlah kerana ada banyak perisa yang manis dan menenggelamkan rasa masam yogurt yang tidak digemari kebanyakan orang. Yogurt kini datang dalam pelbagai perisa yang menyeronokkan dan kebiasaannya dalam bentuk perisa buah-buahan seperti mangga, kiwi, strawberi dan beri.

 

Namun begitu, tahukah anda yogurt pun ada banyak jenis tau. Tetapi yang paling dikenali ada 2 jenis iaitu yogurt biasa dan yogurt greek. Kedua-dua jenis yogurt ini pun ada manfaat nutrisi yang sama iaitu mengandungi probiotik, bakteria baik yang bagus untuk sistem penghadaman.

 

Tetapi yang admin dengar, greek yogurt lebih sesuai untuk mereka yang mahu diet dan menurunkan berat badan. Jom kita lihat apa bezanya antara yogurt biasa dengan yogurt greek.

 

  1. Yogurt greek mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi berbanding yogurt biasa. Ini memberikan kesan kenyang yang lebih lama dan membantu mengawal selera makan bagi yang berhasrat nak diet!
  2. Yogurt Greek melalui proses yang menyingkirkan ‘ whey’ iaitu sejenis cecair yang mengandungi laktosa, sejenis gula semulajadi yang didapati di dalam susu. Proses penyingkiran ‘ whey ‘ ini menghasilkan tekstur yang lebih pekat dan berkrim berbanding yogurt biasa. Keadaan yang lebih pekat ini juga membantu seseorang berasa lebih cepat kenyang, tidak seperti yogurt biasa yang cair dan kurang mengenyangkan.
  3. Yogurt greek mengandungi kandungan gula yang lebih rendah. Kandungan laktosanya juga rendah.
  4. Kandungan protein di dalam yogurt greek lebih tinggi berbanding yogurt biasa menjadikan ia makanan terbaik diambil selepas melakukan senaman. Kandungan protein yang tinggi sesuai untuk memulihkan otot yang tercedera semasa melakukan senaman.
  5. Kandungan karbohidrat di dalam yogurt Greek lebih rendah berbanding yogurt biasa. Ia menjadikan yogurt greek sebagai pilihan utama bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan.

 

Jadi sekarang anda sudah tahu mana satu jenis yogurt yang menjadi pilihan terbaik? Sudah pastilah yogurt greek kerana kandungan nutrisinya lebih banyak! Yogurt juga kaya dengan sumber kalsium yang penting bagi pertumbuhan tulang, kulit dan otot manusia.

 

Jika anda di dalam kategori mahu turunkan berat badan, jangan lupa masukkan yogurt greek sebagai salah satu pilihan di dalam menu anda. Ia bukan sahaja rendah kalori, malah membantu anda untuk berasa cepat kenyang.

 

Anda boleh beli yogurt greek yang kosong dan taburkan 1 peket Entrusol Oat Cereal Drink bagi mendapatkan rasa yang lebih menarik dan kreatif! Anda akan dapat manfaat dan khasiat dari kurma dan madu serta kepingan oat darinya. Tambahkan juga kepingan buah- buahan segar , tetapi jangan banyak ya. Nanti kalori nya bertambah dan boleh menaikkan berat badan.

Jom kekal ceria dengan Entrusol Oat Cereal Drink!!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?