RASAI KEJAIBAN DENGAN 7 RAMUAN HEBAT MINUMAN BIJIRIN OAT ENTRUSOL
Lazimnya oat di pasaran memang terkenal dengan rasa yang bosan dan kurang menyelerakan. Tetapi dengan Minuman Bijirin Oat Entrusol, anda tidak perlu tambah buah-buahan atau bahan-bahan lain lagi kerana lengkap dengan pilihan 3 rasa yang sedap dan sihat. Nikmati manfaat 7 ramuan istimewa yang memberikan lebih keceriaan dan khasiat kepada tubuh badan anda!
OAT

Ramai yang kurang gemar dengan rasa oat tanpa mengetahui betapa banyaknya khasiat dan manfaatnya kepada tubuh badan. Jom sama-sama kita ketahui apakah 4 kebaikan oat untuk tubuh badan kita.
- Baik Untuk Kesihatan Jantung
- Mengandungi sejenis serat yang membantu menyerap kolesterol jahat yang menjadi punca masalah penyakit jantung.
- Membantu Pengurusan Berat Badan
- Oat sememangnya kaya dengan serat yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Perut akan terasa lebih penuh dan perasaan ingin makan berlebih-lebihan juga akan dikurangkan. Maka senanglah nak berdiet selepas ini!
- Meningkatkan Sistem Imun Badan
- Oat juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti besi, zink, vitamin B1 dan vitamin B5. Kesemua ini berpotensi meningkatkan sistem imun badan agar dapat melawan penyakit dengan lebih efisien.
- Mengawal Tekanan Darah
- Oat juga dilengkapi dengan antioksidan yang mampu mengawal tekanan darah supaya kekal pada tahap yang optimum.
BIJIRIN

Rasa oat kini lebih istimewa dengan tambahan kepingan bijirin keemasan yang sudah pasti membangkitkan aroma yang lazat serta memberikan rasa yang lebih enak.
- Kaya dengan Pelbagai Nutrien Penting
- Bijirin juga membekalkan pelbagai nutrien seperti vitamin B, vitamin E, besi dan mineral yang terbukti bagus untuk memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan.
- Sumber Serat yang Bagus untuk Diet
- Kandungan serat di dalam bijirin berpotensi memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara lebih sihat.
KURMA

Salah satu makanan sunnah yang penuh dengan nutrisi dan 1001 kebaikan. Antaranya termasuklah :
- Bagus Untuk Sistem Penghadaman
- Kurma mengandungi serat yang amat diperlukan bagi melancarkan sistem pembuangan air besar. Apabila sistem penghadaman lebih lawas, toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh badan dapat disingkirkan dan sistem tubuh badan akan menjadi lebih efektif. Kurma juga sangat bermanfaat bagi menyelesaikan masalah sembelit iaitu kesukaran membuang air besar.
- “Energy Booster” Terbaik
- Sekiranya anda berasa lesu dan perlukan suntikan tenaga segera, kurma penyelesaiannya! Walaupun saiznya kecil tetapi ia diperkaya dengan kandungan gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang berguna bagi mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif.
- Mengandungi Mineral Untuk Tulang yang Kuat
- Ia juga mengandungi pelbagai mineral seperti potassium, kalsium dan magnesium yang bagus untuk pembentukan tulang yang kuat dan sihat serta dapat mengelakkan masalah tulang rapuh (osteoporosis).
- Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah
- Dengan nilai glisemik indeks yang rendah serta kandungan serat dan antioksida yang tinggi, kurma berpotensi membantu mengawal paras gula dalam darah. Ini sangat membantu bagi mereka yang mengalami diabetes.
GARAM BUKIT

Dengan tambahan garam bukit yang berkualiti, Minuman Bijirin Oat Entrusol kini mempunyai rasa yang unik dan lazat. Tahukah anda garam bukit mempunyai pelbagai manfaat kepada tubuh badan?
- Baik untuk Sistem Otot
- Tidak seperti garam biasa, keistimewaan garam bukit adalah ia mengandungi kandungan mineral seperti potassium yang penting untuk keseimbangan elektrolit bagi mengelakkan kekejangan otot.
- Menstabilkan Tekanan Darah
- Komposisi garam bukit yang dilengkapi dengan potassium juga sangat penting bagi membantu mengekalkan kestabilan tekanan darah.
MADU

Madu merupakan salah satu daripada makanan sunnah yang terkenal dengan fungsinya sebagai penyembuh semulajadi. Ianya dilengkapi dengan 1001 manfaat yang terbukti bagus untuk sistem tubuh badan.
- Mempertingkatkan Sistem Imun Badan
- Oleh kerana sifatnya sebagai ‘penyembuh semulajadi’ termasuklah bersifat anti-bakteria dan anti-fungal, madu sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem pertahanan badan agar dapat melawan penyakit dan jangkitan kuman dengan lebih efisien.
- Mengandungi Antioksida Untuk Kesihatan Jantung
- Madu mengandungi sejenis antioksida yang berupaya menurunkan paras tekanan darah yang sangat penting bagi memastikan kesihatan jantung berada pada tahap yang optimum.
PISANG

Selain warna kuning yang menceriakan, pisang memang menjadi pilihan ramai kerana manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan. Nak tahu apakah kebaikannya? Jom kita baca beberapa manfaatnya.
- Sumber Tenaga Segera
- Dengan kandungan gula semulajadinya iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa, pisang mampu membekalkan tenaga segera yang anda perlukan. Sebab itulah pisang sentiasa menjadi pilihan nombor 1 selepas bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.
- Mengurangkan Masalah Sembelit
- Pisang mengandungi serat yang sangat penting untuk sistem penghadaman. Bagi mereka yang selalu mengalami masalah sembelit, pisang sentiasa menjadi solusi terbaik ! Lebih lawas dan badan juga kekal cergas.
- Dilengkapi dengan Potassium yang Bagus Untuk Kesihatan Jantung
- Kandungan potassium di dalam pisang penting untuk mengekalkan tahap tekanan darah tinggi yang sihat bagi mengelakkan risiko serangan jantung.
COKLAT

Siapa yang tidak sukakan rasa coklat yang sangat menyelerakan dengan aromanya yang wangi. Tetapi, ramai yang takut nak nikmati coklat kerana risau akan naik jerawatlah..naik berat badanlah.. psst.. tahukah anda coklat pun ada banyak manfaat kepada tubuh badan kita tau. Jom entrusol kongsikan.
- Memberikan Mood Gembira
- Coklat mampu merangsang rembesan hormon gembira iaitu “serotonin” yang bagus untuk mengurangkan stress. Hormon ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik untuk rutin sehar
- Mengandungi Antioksida yang Melindungi Jantung
- Coklat juga mengandungi antioksida yang membantu melancarkan sistem peredaran darah yang dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.
Nikmati keajaiban rasa oat dengan 3 pilihan rasa yang menyelerakan iaitu campuran madu & kurma, pisang & kurma dan coklat & kurma. Hanya tambahkan 180 ml air panas, sajian lengkap anda kini tersedia untuk diminum. Boleh dinikmati sebagai sarapan pagi atau bila-bila sahaja yang anda inginkan!
Sedap Rasanya, Sihat Bersama, Senang Disedia!
Rasanya sedap…
Alhamdulillah sedap.. boleh kembangkan jaringan penjualan, masuk ke Shopee dan sebagainya… bila dah rasa susah nk repeat order