BOLEH KE MAKAN TELUR KUNING KALAU TENGAH DIET?

Eee..busuknya siapa kentut bau telur ni? Pernah tak kena tuduh kentut busuk sebab makan telur? Hee.. entah kenapa telur selalu dipersalahkan. Macam-macam jenis telur ada..telur rebus, telur dadar, ‘scramble egg’ dan lain-lain. Kalau tengah diet, boleh ke makan telur? Berkhasiat tak? Ke akan buatkan lebih tambah berat badan ? Ramai yang berpendapat kalua makan telur kuning memang tinggi kalori dan boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Hmm..betul ke?

            Sebenarnya tidaklah seteruk itu. Anda masih boleh amalkan telur kuning tetapi yang penting yang admin nak kongsikan adalah…kenalah jaga kuantiti atau ‘portion’ bila nak makan tu. Janganlah makan sepapan telur pulak guys! Ok kali ni admin nak kongsikan apa khasiat dan kalori telur kuning khas untuk anda yang nak diet dan suka makan telur. Jom kita sama-sama belajar info khasiat telur ayam.

Tahukah anda bahawa telur kuning kaya dengan kandungan :

  1. Zink

Salah satu dari sumber mineral penting yang diperlukan badan kerana tubuh badan kita tak dapat hasilkannya secara semulajadi. Maksudnya kita kena dapatkannya dari sumber makanan atau supplemen. Kalau anda nak tahu zink ni penting untuk kelangsungan beberapa proses di dalam badan seperti proses sintesis DNA, penyembuhan luka, pertumbuhan dan juga meningkatkan sistem imun badan.

2. Vitamin A,D, E dan K

Siapa sangka telur kuning juga mengandungi kandungan vitamin A yang sangat perlu untuk kesihatan mata, pertumbuhan rambut  dan meningkatkan kesuburan. Vitamin D pula bagus untuk pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat. Bukan itu sahaja, vitamin K pula perlu bagi proses pembekuan beku yang penting untuk penyembuhan luka. Manakala Vitamin E di dalam telur kuning juga terbukti sangat wajib untuk mengekalkan kecantikan kulit. Siapa yang nak cantik kulit tu, jangan abaikan makanan yang mengandungi vitamin A ya!

3. Kalsium

Kalsium? Eh bukan dari susu atau keju sahaja tau sumbernya. Kalsium juga boleh didapati dari sumber telur kuning!

4. Vitamin B1 (Thiamin)

Vitamin B1 di dalam telur kuning memang bagus untuk pertumbuhan sel baru dan penting untuk kulit yang cantik. Orang yang selalu merokok , mengamalkan alkohol atau selalu terdedah sinaran cahaya matahari akan biasanya mengalami masalah kulit.  Kehadiran vitamin B1 akan mengurangkan masalah kulit kering, mengelupas dan juga membantu mendapatkan kulit wajah yang licin dan menawan.

5. Folat

Penting  dalam pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan terutamanya dalam bagi ibu mengandung kerana ianya bagus untuk  perkembangan otak dan juga tulang belakang.

6. Asid Lemak Omega-3

Antara penyakit yang sering berada di tangga teratas adalah serangan jantung dan strok. Tahukah anda, antara punca utama  serangan jantung adalah kadar kolesterol jahat (trigliserida ) yang tinggi di dalam darah. Bagus untuk kesihatan jantung kerana ia sangat perlu untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan juga penting untuk mengekalkan kesihatan jantung. Kehadiran Asid lemak Omega-3 juga membantu meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam darah dan juga boleh menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Paling utama, ia boleh mengurangkan pembentukan plak di dalam arteri yang menjadi punca salur darah menjadi keras dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

            Haa..terkejut kan? Sebenarnya, telur kuning tidaklah terlalu teruk atau banyak keburukan. Malah, ia rupa-rupanya banyak khasiat lain yang penting untuk kesihatan tubuh badan.  Berapakah jumlah kalori telur kuning? Hanya 55 kalori dan mengandungi  0 gram karbohidrat dan 2.7 gram protein.

            Oleh itu, sekiranya anda nak amalkan telur di dalam program diet anda, tiada masalah guys! Cuma lebih baik anda rebus daripada menggoreng telur untuk kurangkan jumlah kalori harian anda. Kalau pening-pening nak kira kalori dan risau tentang program penurunan berat badan, ambil je secawan Entrusol Oat Cereal Drink. Ada 3 perisa yang sedap iaitu madu & Kurma, pisang & kurma dan juga coklat & kurma. 128 ke 130 kalori je secawan, siap ada garam bukit dan juga sedap! Selamat berdiet guys!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Need help?