4-tip

4 Tip Mengawal Nafsu Makan yang Berlebihan

By entrusol on Friday, 29 Sep 2023 2:19 PM
Share:

Siapa je yang tak suka buffet, betul tak? Sebut je buffet, mesti dah terbayang dalam fikiran lautan makanan yang pelbagai dengan kuantiti yang banyak di atas pinggan masing-masing. Nak enjoy buffet tu tak salah, tapi ramai yang ada masalah makan terlebih banyak semasa buffet. Puncanya sebab tak dapat nak kawal nafsu dan ‘excited’ sangat tengok macam-macam jenis makanan.

Miss E ada seorang rakan yang sangat sukakan buffet. Kalau kami pergi ke buffet bersama-sama, kita akan lihat dia hanya duduk di kerusi dalam beberapa minit sebelum bangun lagi untuk tambah makanan lain. Wow marathon yang dia lakukan dalam kawasan buffet memang memberangsangkan, kalah Watson Nyambek! Tapi inilah tabiat makanan yang tidak sihat atau kita gelar sebagai 'over eating!' Macam mana kita nak kawal diri daripada makan dengan keterlaluan dan bolehkah nak kawal nafsu nak makan yang sedang membuak-buak ini? Jom kita lihat 4 tips ini yang boleh membantu anda.

Amalkan Salad atau Sup Sebelum Makan

Amalkan salad sayur-sayuran atau sup sebelum makan. Apabila perut anda terisi dengan air sup atau serat dari sayur-sayuran ini, perut akan terasa penuh dan anda akan kurang berasa lapar. Maka takkan berlaku masalah tak boleh kawal nafsu makan.

Makan Buah untuk Rasa Kenyang Lebih Lama

Makan buah berbanding jus buah atau buah-buahan yang dikeringkan supaya anda lebih berasa kenyang lebih lama. Buah-buahan segar lebih tinggi serat dan bagus untuk penghadaman yang baik. Cuba anda minum segelas jus epal dan bandingkan dengan makan sebiji epal, anda pasti rasa lebih kenyang dengan makan sebiji epal.

Amalkan ‘whole-grain’ yang Tinggi Serat

Jika anda mahu makan bijirin, roti atau pasta pilihlah yang dihasilkan dari sumber bijirin penuh 'whole-grain'. Ianya lebih tinggi serat dan serat tinggi akan memenuhkan perut anda. Maka tidaklah wujud lagi nafsu raksasa untuk membaham semua jenis makanan.

Jika anda makan sajian salad, jangan lah hanya makan salad kosong. Anda pasti lah akan memberontak kelaparan selepas itu. Sebaliknya tambahkan beberapa kepingan ayam grill bahagian dada atau telur rebus, tofu, kekacang ataupun ikan bagi menambah sumber protein yang boleh buatkan anda lebih kenyang.

Disiplin Diri dan Kawal Nafsu

Paling penting, untuk mengawal nafsu yang berleluasa, anda perlulah disiplin. Datanglah sekawah kari kepala ikan di hadapan anda, jika anda setkan minda untuk mahu kekal berdisiplin dan mengawal diet, pasti anda akan terselamat daripada menjadi mangsa makan secara berlebihan.

Antara tips yang bagus untuk mengawal nafsu lapar adalah minum air kosong setiap kali anda terasa lapar, jika masih lapar ambillah snek yang sihat seperti segenggam kacang almond. Pilih makanan yang boleh buatkan anda tahan lebih lama seperti oat. Tak sedap? Haaa..inilah masa terbaik nak cuba minuman bijirin oat Entrusol yang ditambah dengan madu dan kurma. Sudahlah rasanya sedap, kepingan oatnya juga banyak. Boleh dijadikan sebagai sajian di waktu pagi menggantikan juadah nasi lemaj yang tinggi kalori itu. Secara tidak langsung anda juga dapat memulakan langkah kecil untuk mula mengamalkan pemakanan yang sihat. Jom kekal ceria bersama Entrusol Oat Cereal Drink! Simply funtaste..tikk!!

Snack without worry now with Entrusol, Follow us at 

Our love for snacking inspired Entrusol to create local Halal Wellness snacks. Tasty, easy and healthy that aim to build a life-changing community that starts health from within, from their soul. Enjoy and be part of Entrusol’s funtastetikk healthy community.

Get the freshest Entrusol news

Level 7, Menara Arina UNITI

Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 Kuala Lumpur, Malaysia

talk2us@entrusol.com

+60129816191 | +60342886393

Money back guarantee
Many people have a perception that oats and healthy drinks usually taste bad. If you taste Entrusol oat cereal drink not tasty after purchase, contact us and we will refund your money. Without any questions!
*subject to the terms & conditions set (within 7 days from the date of purchase)
Goods arrived, only pay!
That's right! Just choose Cash On Delivery and us will ship directly with the service NinjaVan. Just pay them when the goods have arrived!
*subject to Peninsular Malaysia only and charges an additional RM10 will be charged for COD
© 2024 My Innovative Wellness Sdn Bhd(1003824-U) | Entrusol. All Rights Reserved
© 2024 My Innovative Wellness Sdn Bhd(1003824-U) | Entrusol. All Rights Reserved