5 Langkah Kekal Produktif Di Tempat Kerja

5 Langkah Kekal Produktif Di Tempat Kerja

By entrusol on Friday, 29 Sep 2023 3:13 PM
Share:

Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah hidangan yang paling penting dalam hari kita. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil sarapan pagi yang betul untuk mulakan hari kita. Tetapi dengan jadual yang padat, kita selalu mengabaikan sarapan pagi. Jangan risau lagi, minuman bijirin oat Entrusol boleh membantu anda. Senang disediakan dengan hanya tambah air panas dan sedia untuk diminum. Ia diperkaya dengan oat dan bijirin yang boleh membuatkan anda kenyang dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, dengan adanya ekstrak kurma, ia juga membantu untuk memberikan tenaga untuk menjalani hari anda.

Bersenam

Badan yang sihat mampu untuk menjana minda yang sihat. Anda tidak perlu pergi ke gym setiap hari untuk bersenam, tetapi anda boleh berjalan semasa 'lunch break' atau selepas waktu kerja atau bergerak menggunakan tangga dari satu tingkat ke tingkat yang lain tanpa 'lift'. Walaubagaimanapun, jika anda ada masa untuk pergi ke gym, ia adalah lebih bagus. Ingat, ini bukan nya pertandingan siapa jalan laju justeru bergerak/bersenamlah mengikut kemampuan diri anda sendiri.

Senaraikan tugasan

Senarai tugasan yang ditulis di dalam satu tempat boleh membantu anda dari menjadi terlupa. Dengan senarai tugasan itu, ia akan menjadikan kerja anda mudah apabila mengutamakan dan menyusun aturan kerja. Bukan itu sahaja, ia juga membantu anda untuk mengenal pasti tugasan yang perlu disegerakan dan tugasan yang boleh dilakukan kemudian. Dengan adanya senarai tugasan ini, anda akan lebih jelas dengan tugasan yang telah diselesaikan dan belum justeru ia membantu anda untuk kekal fokus.

Fokus satu kerja pada satu masa

Individu yang boleh 'multitask' adalah seorang yang sangat beruntung kerana mempunyai kebolehan ini. Bukan semua orang boleh 'multitask'. Ada yang bila perlu buat beberapa tugasan dalam satu masa boleh menyebabkan mereka kepenatan dan tertekan. Apabila anda fokus satu tugas dalam satu masa, and akan lebih tenang dan focus. Dan bila kita fokus kita dapat menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Jadi ingat, kualiti lagi penting dari kuantiti ya.

Dapatkan Tidur yang cukup

Tidur juga penting untuk kesihatan kita sepertimana senaman dan diet. Tidur yang cukup boleh membantu menambah baik prestasi otak, kesihatan dan minda. Oleh itu, kekal fokus pada siang hari terutamanya ketika bekerja dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Tidur yang cukup dan berkualiti bukan sahaja membantu anda untuk kekal fokus tetapi ia juga membantu untuk membuat badan anda segar dan bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian anda!

Snack without worry now with Entrusol, Follow us at 

Our love for snacking inspired Entrusol to create local Halal Wellness snacks. Tasty, easy and healthy that aim to build a life-changing community that starts health from within, from their soul. Enjoy and be part of Entrusol’s funtastetikk healthy community.

Get the freshest Entrusol news

Level 7, Menara Arina UNITI

Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 Kuala Lumpur, Malaysia

talk2us@entrusol.com

+60129816191 | +60342886393

Money back guarantee
Many people have a perception that oats and healthy drinks usually taste bad. If you taste Entrusol oat cereal drink not tasty after purchase, contact us and we will refund your money. Without any questions!
*subject to the terms & conditions set (within 7 days from the date of purchase)
Goods arrived, only pay!
That's right! Just choose Cash On Delivery and us will ship directly with the service NinjaVan. Just pay them when the goods have arrived!
*subject to Peninsular Malaysia only and charges an additional RM10 will be charged for COD
© 2024 My Innovative Wellness Sdn Bhd(1003824-U) | Entrusol. All Rights Reserved
© 2024 My Innovative Wellness Sdn Bhd(1003824-U) | Entrusol. All Rights Reserved