Kolesterol oh kolesterol! Tiada siapa yang mahukan kolesterol memandangkan kesannya terhadap kesihatan tubuh badan sangatlah membahayakan dan mengundang pelbagai risiko penyakit. Admin masih ingat salah seorang rakan admin sewaktu di zaman universiti. Orangnya kurus tetapi bila kami sama-sama buat ujian darah untuk menguji kadar kolesterol dalam darah, kami terkejut kerana yang paling kurus itu yang mempunyai bacaan kolesterol tertinggi.
Kolesterol merupakan bahan berlemak yang penting bagi memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol baik (HDL) dan juga kolesterol buruk (LDL). Yang memberi kesan buruk terhadap tubuh badan adalah LDL. Jika terlalu banyak kandungan LDL di dalam saluran darah, ia akan melekt pada dinding arteri dan membentuk plak. Apa yang kita perlu pastikan adalah supaya kadar kolesterol kita tidak terlalu tinggi kerana banyak penyakit yang muncul akibatnya. Selain menjalani gaya hidup sihat, pengawalan makanan adalah penting. Pemilihan makanan harian juga penting kerana ia boleh menentukan tahap kesihatan kita.
Mari kita lihat 6 jenis makanan yang berkesan melawan kolesterol.
Oat memang makanan paling terkenal di dalam melawan kolesterol. Ia sangat berkesan menghindari penyakit kardiovaskular yang membahayakan.Oat kaya dengan serat larut air yang mengikat kolesterol dan menyingkirkannya dari badan. Kandungan beta glukannya juga terbukti berkesan mengurangkan kadar kolesterol.
Terdapat beberapa jenis ikan yang tertentu yang berkesan melawan kolesterol. Jika anda mengamalkan pengambilan ikan sebanyak 2 ke 3 kali seminggu, ia berupaya menurunkan LDL. Ambillah ikan yang kaya dengan sumber omega 3 yang baik untuk jantung seperti ikan salmon dan juga ikan makerel. Ikan-ikan ini juga boleh mengurangkan masalah strok. Tetapi jangan lupa masak ikan ini dengan cara yang sihat seperti grill atau stim ya, barulah sihat!
Kacang kaya dengan kandungan serat larut air. Badan juga akan mengambil lebih masa untuk menghadam seterusnya memberi rasa kenyang yang lebih berpanjangan. Maka sangat sesuai bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Antara kacang yang terbukti berkesan mengawal kadar kolesterol dalam darah adalah kacang almond dan walnut. Kekacang mengandungi phytosterol yang mengahalang penyerapan kolesterol ke dalam usus. Jadi jangan lupa tambahkannya di dalam sajian anda ya!
Buah avokado terkenal sebagai buah yang kaya dengan kandungan lemak sihat. Ia juga kaya dengan nutrien serta ia juga kaya dengan lemak monotaktepu dan serat yang juga merupakan dua kandungan yang penting untuk menurunkan kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kolesterol baik HDL.
Buah-buahan sudah tentunya salah satu sumber serat yang terbaik. Ia mengandungi serat larut air yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga menggalakkan penyingkiran kolesterol dari badan. Tahukah anda pectin, sejenis serat larut air boleh mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah. Antara jenis buah yang mengandungi pectin termasuklah anggur, buah-buahan sitrus dan strawberi.
Bawang putih sangat terkenal sebagai bahan remedi semulajadi yang sering disediakan oleh ibubapa kita di rumah. Ia mengandungi allicin iaitu bhan aktif yang mampu menaikkan kolesterol baik HDL dan menurunkan kolesterol jahat LDL. Walaupun rasanya kurang menyenangkan bawang putih memang banyak kebaikannya.
Tahukah anda kolesterol merupakan salah satu penyebab utama berlakunya penyakit jantung. Di dalam zaman maju serba moden ini, penyakit jantung tidak hanya menyerang mereka yang berusia, malah ia turut menyerang golongan muda. Pastikan kawal tekanan atau stress, hiduplah dengan lebih gembira supaya anda kekal bahagia. Penyakit akan banyak datang jika kita banyak stress.
Amalkan gaya hidup sihat, kalau berkelapangan, sesekali tu cuba bersenam dan beriadah di taman-taman selepas waktu kerja atau pada hujung minggu. Jangan mudah percaya jika ada yang sarankan boleh kekal sihat tanpa senaman, salah tu. Tak perlu beriadah terlalu ekstrem, cukup dengan sekadar bergerak aktif dalam satu minggu tu.
Jangan lupa amalkan 1 sachet minuman bijirin oat dengan campuran madu dan kurma Entrusol setiap hari. Rasanya yang sedap beserta nutrisi hebat dari kurma dan madu pastinya menjanjikan lebih manfaat kepada kesihatan kita. Kepingan oatnya juga lebih banyak dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Nikmati keunikan dan keceriaan berbeza di dalam 1 sachet 'Entrusol Oats'.
Our love for snacking inspired Entrusol to create local Halal Wellness snacks. Tasty, easy and healthy that aim to build a life-changing community that starts health from within, from their soul. Enjoy and be part of Entrusol’s funtastetikk healthy community.