Anda bukan penggemar oat? Memang ramai tak sukakan oat sebab rasanya yang tawar dan tidak menyelerakan. Tetapi anda akan berubah fikiran bila cuba Minuman Bijirin Oat Entrusol! Ramai yang tak sukakan oat, suka Entrusol! Dahlah mudah nak sediakan, cepat paling penting anda dah tak perlu tambah buah-buahan; atau bahan-bahan lain lagi sebab Entrusol lengkap dengan pilihan 4 rasa yang sedap dan sihat. Dengan formulasi 7 ramuan istimewa, anda pasti akan teruja dengan pengalaman baru yang menakjubkan ini. Tubuh badan lebih sihat, apatah lagi 7 ramuan ini dilengkapi dengan pelbagai manfaat baik.
OAT
Ramai yang kurang gemar dengan rasa oat tanpa mengetahui betapa banyaknya khasiat dan manfaatnya kepada tubuh badan. Jom sama-sama kita ketahui apakah kebaikan oat untuk tubuh badan kita.
- Baik Untuk Kesihatan Jantung
Mengandungi sejenis serat yang membantu menyerap kolesterol jahat yang menjadi punca masalah penyakit jantung.
- Membantu Pengurusan Berat Badan
Oat sememangnya kaya dengan serat yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Perut akan terasa lebih penuh dan perasaan ingin makan berlebih-lebihan juga akan dikurangkan. Maka senanglah nak berdiet selepas ini!
- Meningkatkan Sistem Imun Badan
Oat juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti besi, zink, vitamin B1 dan vitamin B5. Kesemua ini berpotensi meningkatkan sistem imun badan agar dapat melawan penyakit dengan lebih efisien.
- Mengawal Tekanan Darah
Oat juga dilengkapi dengan antioksidan yang mampu mengawal tekanan darah supaya kekal pada tahap yang optimum.
KURMA
Salah satu makanan sunnah yang penuh dengan nutrisi dan 1001 kebaikan. Antaranya termasuklah :
- Bagus Untuk Sistem Penghadaman
Kurma mengandungi serat yang amat diperlukan bagi melancarkan sistem pembuangan air besar. Apabila sistem penghadaman lebih lawas, toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh badan dapat disingkirkan dan sistem tubuh badan akan menjadi lebih efektif. Kurma juga sangat bermanfaat bagi menyelesaikan masalah sembelit iaitu kesukaran membuang air besar.
- "Energy Booster" Terbaik
Sekiranya anda berasa lesu dan perlukan suntikan tenaga segera, kurma penyelesaiannya! Walaupun saiznya kecil tetapi ia diperkaya dengan kandungan gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang berguna bagi mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif.
- Mengandungi Mineral Untuk Tulang yang Kuat
Ia juga mengandungi pelbagai mineral seperti potassium, kalsium dan magnesium yang bagus untuk pembentukan tulang yang kuat dan sihat serta dapat mengelakkan masalah tulang rapuh (osteoporosis).
- Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Dengan nilai glisemik indeks yang rendah serta kandungan serat dan antioksida yang tinggi, kurma berpotensi membantu mengawal paras gula dalam darah. Ini sangat membantu bagi mereka yang mengalami diabetes.
GARAM BUKIT
Dengan tambahan garam bukit yang berkualiti, Minuman Bijirin Oat Entrusol kini mempunyai rasa yang unik dan lazat. Tahukah anda garam bukit mempunyai pelbagai manfaat kepada tubuh badan?
- Baik untuk Sistem Otot
Tidak seperti garam biasa, keistimewaan garam bukit adalah ia mengandungi kandungan mineral seperti potassium yang penting untuk keseimbangan elektrolit bagi mengelakkan kekejangan otot.
- Menstabilkan Tekanan Darah
Komposisi garam bukit yang dilengkapi dengan potassium juga sangat penting bagi membantu mengekalkan kestabilan tekanan darah.
MADU
Madu merupakan salah satu daripada makanan sunnah yang terkenal dengan fungsinya sebagai penyembuh semulajadi. Ianya dilengkapi dengan 1001 manfaat yang terbukti bagus untuk sistem tubuh badan.
- Mempertingkatkan Sistem Imun Badan
Oleh kerana sifatnya sebagai 'penyembuh semulajadi' termasuklah bersifat anti-bakteria dan anti-fungal, madu sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem pertahanan badan agar dapat melawan penyakit dan jangkitan kuman dengan lebih efisien.
- Mengandungi Antioksida Untuk Kesihatan Jantung
Madu mengandungi sejenis antioksida yang berupaya menurunkan paras tekanan darah yang sangat penting bagi memastikan kesihatan jantung berada pada tahap yang optimum.
PISANG
Selain warna kuning yang menceriakan, pisang memang menjadi pilihan ramai kerana manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan. Nak tahu apakah kebaikannya? Jom kita baca beberapa manfaatnya.
- Sumber Tenaga Segera
Dengan kandungan gula semulajadinya iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa, pisang mampu membekalkan tenaga segera yang anda perlukan. Sebab itulah pisang sentiasa menjadi pilihan nombor 1 selepas bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.
- Mengurangkan Masalah Sembelit
Pisang mengandungi serat yang sangat penting untuk sistem penghadaman. Bagi mereka yang selalu mengalami masalah sembelit, pisang sentiasa menjadi solusi terbaik ! Lebih lawas dan badan juga kekal cergas.
- Dilengkapi dengan Potassium yang Bagus Untuk Kesihatan Jantung
Kandungan potassium di dalam pisang penting untuk mengekalkan tahap tekanan darah tinggi yang sihat bagi mengelakkan risiko serangan jantung.
COKLAT
Siapa yang tidak sukakan rasa coklat yang sangat menyelerakan dengan aromanya yang wangi. Tetapi, ramai yang takut nak nikmati coklat kerana risau akan naik jerawatlah..naik berat badanlah.. psst.. tahukah anda coklat pun ada banyak manfaat kepada tubuh badan kita tau. Jom entrusol kongsikan.
- Memberikan Mood Gembira
Coklat mampu merangsang rembesan hormon gembira iaitu "serotonin" yang bagus untuk mengurangkan stress. Hormon ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik untuk rutin
- Mengandungi Antioksida yang Melindungi Jantung
Coklat juga mengandungi antioksida yang membantu melancarkan sistem peredaran darah yang dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.
KOPI
Anda penggemar kopi tapi nak yang lebih sihat dan mengenyangkan? Entrusol jawapannya! Jika anda salah seorang ‘coffee lover’, aroma kopi itu yang buatkan anda rasa kehilangan bila tiada. Seolah-olah tak lengkap jika tak dapat secawan kopi di pagi hari betul tak? Kopi memang terkenal sebagai salah satu sumber anti-oksidan yang baik. Selain daripada itu, ini antara kebaikan lain yang anda akan dapat nikmati dengan amalkan kopi:
- Mengelakkan kemurungan dan memperbaiki emosi
- Memberikan tenaga dan ‘alert’ effect yang membantu anda lebih focus
- Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Dementia
- Meningkatkan kemahiran kognitif
- Mengurangkan risiko kanser
Nikmati keajaiban rasa oat dengan 4 pilihan rasa yang menyelerakan iaitu campuran madu; kurma, pisang; kurma , coklat, kopi & kurma. Hanya tambahkan 180 ml air panas, sajian lengkap anda kini tersedia untuk diminum. Boleh dinikmati sebagai sarapan pagi atau bila-bila sahaja yang anda inginkan!
Sedap Rasanya, Sihat Bersama, Senang Disedia!
Beli Sekarang!
-
RM140.00 Original price was: RM140.00.RM87.00Current price is: RM87.00.
-
RM490.00 Original price was: RM490.00.RM257.00Current price is: RM257.00.
-
RM210.00 Original price was: RM210.00.RM127.00Current price is: RM127.00.