5 SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA WAJIB MAKAN SAYUR DAN BUAH

Admin sejujurnya rasa ramai penggemar buah kerana buah kan pelbagai jenis dan rasanya juga sedap dan kebanyakannya manis pula. Jadi susah kita nak jumpa orang yang tidak gemarkan buah. Tetapi kalau sayur, haa… kita pasti akan terjumpa yang langsung tidak berselera dengan dedaun hijau ni.

 

Admin masih ingat salah seorang teman lama admin yang memang langsung tak suka makan sayur. Bila nampak sayur, boleh termuntah dan kalau makan bihun goreng yang dicampur dengan sayur sawi, sudah pasti dia yang paling lambat selesai makan. Ini adalah kerana dia kena asingkan semua sayur itu dulu, barulah dia makan bihun sahaja. Aduhai, sayur banyak khasiat tau, rugi siapa yang tak nak makan sayur tu.

Jom kita sama-sama belajar 5 sebab kenapa kita wajib makan buah dan sayur sebagai sumber serat kita menurut penulisan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Kulit yang cantik

Sayur dan buah sudah pasti kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Contohnya bayam dan tomato yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Ramai yang mengamalkan pemakanan sayur bayam dan tomato biasanya akan mendapat kulit yang halus, gebu dan anjal. Apatah lagi ia bagus untuk melawan kesan penuaan.

 

  1. Tulang dan gigi yang kuat

Kalsium sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Memang betul anda boleh dapatkan dari minum susu, tetapi buah seperti oren, kiwi,markisa dan sayur seperti bayam,brokoli dan asparagus merupakan jenis sayur yang kaya dengan sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

  1. Mata yang sihat dan bersinar

Jika anda mahu mata sihat, amalkan sumber pemakanan yang kaya dengan Vitamin A. Vitamin A memang terbukti bagus untuk kesihatan mata dan anda boleh makan sayuran seperti lobak merah, sayur kale  dan tomato. Manakala anda juga boleh dapati vitamin A dari buah-buahan seperti apricot, tembikai dan limau gedang. Mata tidak boleh diganti jika rosak, maka jagalah ia dari peringkat awal.

  1. Rambut yang sihat

Tahukah anda buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C mampu membekalkan kolagen yang menguatkan kapilari yang menguatkan akar rambut. Antara buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C termasuklah  brokoli, jambu batu, buah blueberi, kiwi, betik dan strawberi. Rambut yang sihat akan memberikan penampilan yang lebih positif dan menambahkan lagi keyakinan diri seseorang itu.

  1. Gusi yang sihat

Untuk mendapatkan gigi yang cantik dan kuat, anda perlu memiliki gusi yang sihat. Amalkan buah seperti pir, melon, seleri dan timun yang kaya dengan kandungan air kerana ianya baik untuk kesihatan gusi dan seterusnya gigi. Abaikan buah-buahan seperti lemon, limau gedang, oren kerana ia tinggi kandungan asid yang boleh menghakis enamel gigi menyebabkan gigi mudah reput. Apabila gigi reput, maka gusi juga menjadi tidak kuat dan mudah dijangkiti bakteria.

 

Jika anda prihatin terhadap berat badan dan kesihatan anda, amalkan separuh pinggan anda terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan pengambilan buah yang manis kerana ia tinggi kalori seperti durian dan manga, ia juga kurang baik untuk diet yang sihat. Pengambilan buah dan sayur sangat bagus untuk memastikan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik.

 

Anda juga boleh menambah sumber serat yang baik untuk detoks badan dengan mengamalkan 1 sachet MyFiber by Entrusol setiap malam. Campurkan 1 sachet MyFiber by Entrusol di dalam 150 ml air suhu bilik atau lebih baik air sejuk ( di dalam shaker ), goncangkan dan terus minum. Nikmati kehebatan kesan serat larut air dan tidak larut air dengan kehebatan spirulina dan prebiotik kepada tubuh badan anda. Jangan lupa juga amalkan minum air kosong setiap hari dan rajinkan diri anda bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif! Ingat usus sihat, ingat MyFiber by Entrusol!

 

KETAHUI KALORI PADA 4 BAHAGIAN AYAM KEGEMARAN ANDA

Masakan berunsurkan ayam sudah pasti menjadi kegemaran rakyat Malaysia secara umumnya. Tidak kiralah dari ayam goreng, ayam paprika, ayam masak merah, ayam masak hitam, ayam bakar, ayam rendang….admin pasti dalam setiap menu ayam yang admin sebut ni sudah pasti terselit salah satu juadah kegemaran anda? Haa…menu yang mana satu agaknya tu.

 

Tidak salah jika nak makan ayam, namun begitu ayam ni jika salah pilih bahagiannya maka anda mungkin ada kebarangkalian tambah lemak dan naik berat badan. Tahukah anda pemilihan setiap bahgian ayam mempunyai kandungan kalori yang berbeza. Cuba anda pergi ke mana-mana restoran ayam goreng kegemaran ramai anda dan perhatikan, majoriti pelanggan akan memesan bahagian ‘drumstick’ iaitu ‘peha ayam’, sehinggakan jika anda memesan bahagian ini, harganya juga turut dinaikkan. Peha ayam apatah lagi digoreng, sudah pasti menjadi kegemaran kita semua, tanpa mengira usia. Bahagian ayam yang paling kurang popular dan paling jarang dipesan adalah bahagian dada ayam.

 

Mari kita lihat berapa jumlah kalori pada ayam mengikut bahagian masing-masing.

 

  1. Kepak ayam

Selain peha ayam, kepak merupakan bahagian yang paling popular dan sering dipesan oleh kita semua. Bayangkan kepak ayam madu , antara menu paling digemari. Berapakah kandungan kalorinya? 280 kalori untuk setiap 100g. Sungguh tinggi, itu belum lagi jika anda menggorengnya, kalori minyak sahaja dah berapa. Selain itu, kandungan proteinnya adalah 18 gram , manakala kandungan lemaknya adalah yang tertinggi di antara kesemua bahagian ayam iaitu 16 gram.  Jadi sekiranya anda ingin memesan kepak ayam selepas ini, fiki-fikirkan….

 

  1. Peha ayam

Wah ini satu lagi kegemaran ramai. Jika ke mana-mana restoran terutamanya restoran makanan segera atau ‘fast-food’, bahagian peha atau ‘drumstick’ merupakan bahagian yang paling diminati. Pastilah sebab sedap, apatah lagi kulitnya juga banyak. Tetapi jumlah kalorinya adalah 160 kalori, kandungan protein 19g serta kandungan lemak adalah 9gram. Wow! Boleh tahan juga jumlah kalorinya. Kebiasaannya jika ke restoran ‘fast-food’, kita tidak pesan hanya 1 ketul ‘drumstick’ bukan, kerana saiznya biasanya kecil. Paling tidak kita akan pesan 2 ketul, jumlah kalori di situ sahaja sudah mencecah 320 kalori!

 

  1. ‘Thigh’ ayam

Satu lagi bahagian kegemaran ramai adalah ‘thigh’ ayam iaitu satu bahagian di atas bahagian peha. Rasanya sudah pasti sedap. Berapakah kandungan kalorinya? 119 kalori! Selain itu, kandungan proteinnya adalah 20gram dan lemak 4 gram. Jika anda penggemar ‘drumstick’ dan ‘wing’, mungkin anda boleh cuba menukarkan selera anda kepada ‘thigh’.

 

  1. Dada ayam

Boleh dikatakan bahagian ini bukanlah paling digemari ramai. Jika kita mendapat sekotak berisi ayam goreng, bila membukanya dan terlihat 2 ketul ayam bahagian dada, boleh buat bergaduh tau! Muncung sampai ke petang kerana kebiasannya ayam bahagian dada tidak digemari ramai. Mungkin kerana bahagian isinya yang padat. Namun begitu, bahagian dada merupakan bahagian yang paling digemari oleh mereka yang sedang berdiet ataupun yang sedang ingin menurunkan berat badan. Kerana kandungan kalorinya hanyalah 114 kalori, kandungan proteinnya adalah yang tertinggi iaitu 21gram, manakala kandungan lemaknya adalah paing rendah iaitu 3 gram sahaja. Selain itu jika anda makan bahagian dada, ia lebih mengenyangkan kerana mengandungi bahagian daging yang padat.

 

Jika anda lihat laporan NHMS (National Health and Morbidity Survey 2019) iaitu satu kajian atau survey untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia, rakyat Malaysia masih menjadi antara rakyat yang paling obes. Masudnya obesiti masih menjadi antara masalah paling serius di kalangan rakyat. Obesiti atau berat badan berlebihan sudah pasti berpunca dari kegagalan mengawal diet yang seimbang.

 

Oleh kerana itu, kita perlu mengambil berat berkaitan jumlah kalori harian yang kita ambil dan menambahkan ilmu berkaitan BMI agar kita mendapat nilai yang sihat dan tidak berada di dalam golongan obes. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta banyakkan minum air. Tambahkan makanan sihat di dalam menu harian anda seperti oat. Jika anda mahu opsyen yang lebih mudah, hanya amalkan 1 sachet minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol yang sudah pasti lazat dan kaya dengan nutrisi yang kita perlukan. Gabungan kurma dan madu akan memberikan tenaga segera serta meningkatkan daya tahan badan. Kepingan oatnya yang mewah juga sangat baik untuk jantung dan oat memang terbukti boleh membantu megawal kadar kolesterol di dalam badan. Jangan lupa ceriakan pagi anda bersama Entrusol Oat Cereal Drink! ‘Simply fun taste…tikk!!’.

 

Klik pada gambar di atas untuk promosi yang lain

JANGAN LAKUKAN 6 PERKARA INI JIKA ANDA MAHU SISTEM PENGHADAMAN YANG BAIK

Memandangkan tempoh PKP sudah pun berakhir dan disambung dengan PKPP, maka anda akan mempunyai lebih kelonggaran untuk makan di restoran. Makanya lebih banyak pilihan makanan dan kini anda bolehlah mula mengunjungi restoran kegemaran anda sambil menikmati sajian yang anda sudah lama teringin sejak tempoh PKP. Namun begitu, harus diingat, anda masih perlu mengambil berat soal kebersihan dan juga nutrisi sajian yang anda nikmati. Jangan lupa untuk kekal menjaga sistem penghadaman anda apatah lagi kita baru sahaja selesai menyambut hari raya Aidilfitri.

 

Jika anda selalu melihat tips yang perlu dilakukan bagi medapatkan sistem penghadaman yang baik, jangan lupa untuk elakkan beberapa perkara yang boleh mengganggugugat tahap kesihatan sistem penghadaman kita. Kali ini admin mahu kongsikan 6 perkara yang kita patut elakkan jika kita mahu mendapatkan sistem penghadaman yang baik. Antaranya termasuklah :

 

  1. Jangan terus berbaring sesudah makan

Admin pasti ramai yang mudah berasa mengantuk setelah selesai makan, betul tak? Dengan perasaan kenyang, badan akan mudah berasa mengantuk dan lesu serta kebiasannya ramai yang akan tidur sesudah makan. Sebenarnya walaupun anda berasa mengantuk, elakkan dari terus berbaring dan tidur seusai makan. Dengan berbaring setelah makan,  asid dari perut akan mudah naik ke bahagian esofagus dan menyebabkan asid refluks. Sebaiknya, elakkan makan 3 jam sebelum tidur.

 

  1. Jangan melengahkan isyarat ke tandas

Sekiranya anda terasa seperti mahu membuang air besar, jangan sesekali melengahkannya. Ini adalah kerana semakin kerap anda melegahkan dan mengabaikan isyarat ke tandas, sebilangan amoun air akan diserap dari najis dan menjadikannya berketul, besar dan keras. Ini akan seterusnya menyebabkan masalah seperti sembelit.

 

  1. Jangan makan buah sejurus selepas makan

Kadar pencernaan sesuatu jenis makanan adalah berbeza dan buah-buahan merupakan salah satu jenis makanan yang dihadam dengan kadar yang cepat dan seterusnya jika anda makan buah sejurus selepas makan, ia akan menghasilkan gas dan memberikan rasa kembung perut.

 

  1. Jangan minum teh sejurus selepas makan

Tahukah anda bahawa teh bersifat asid dan mengganggu kebolehan badan untuk menghadamkan makanan. Teh juga mengandungi polifenol dan tannin yang bergabung dengan besi dan menghalang badan anda daripada menyerapnya.

 

  1. Jangan minum terlalu banyak air

Anda harus biasakan diri untuk tidak minum terlalu banyak air semasa atau selepas makan. Minum terlalu banyak akan menipiskan jus gaster dan menyebabkan sukar untuk menghadamkan makanan.

 

  1. Jangan mandi selepas makan

Jangan amalkan mandi sejurus selepas anda selesai makan. Seteh mandi, suhu badan anda akan sedikit meningkat dan menyebabkannya mengalir hampir ke kawasan permukaan kulit menyebabkan darah kurang untuk proses penghadaman yang sepatutnya.

 

Sudahkah anda melihat keenam-enam poin di atas, pastikan anda elak daripada melakukannya sekiranya anda mahukan keadaan sistem penghadaman yang baik. Usus merupakan antara organ yang sangat penting dan mempunyai fungsi yang tersendiri untuk tubuh badan kita.

 

Banyakkan membaca bagi mendapatkan tips untuk mendapatkan sistem penghadaman yang baik. Banyakkan minum air kosong dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jangan lupa menambah pengambilan serat di dalam menu harian anda. Semestinya amalkan pengambilan 1 sachet MyFiber by Entrusol setiap malam sebelum tidur bagi mendapatkan kesan yang baik bagi sistem penghadaman anda. Nikmati manfaat prebiotik, spirulina dan serat larut dan tidak larut air hanya di dalam 1 sachet sahaja. Kekal sihat bersama MyFiber by Entrusol!

 

 

 

 

AWAS ! KETAHUI KANDUNGAN KALORI DI DALAM 8 JENIS JUADAH HARI RAYA

Bergema takbir di pagi raya, tanda kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan. Alhamdulillah kita berkesempatan berjumpa dengan Syawal lagi tahun ini , tetapi dengan norma yang baru. Di mana kita tidak berkunjungan ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai, kita juga kekal di rumah tanpa bersolat sunat Aidilfitri di masjid mahupun surau. Di sebalik kelainan Syawal pada kali ini, kita masih bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik sehingga ke hari ini.

 

            Setibanya Syawal, maka berakhirlah rutin harian kita untuk bersahur seawal 5 pagi. Waktu sarapan kita juga sudah dianjak ke waktu biasa iaitu 7 ke 8 pagi. Maka di hari raya yang pertama ini, admin pasti ramai yang tidak sabar-sabar nak menjamah juadah istimewa sempena raya ini.

 

Namun begitu, janganlah makan secara berlebihan, kerana kandungan kalori di dalam setiap juadah raya juga bukan calang-calang. Jangan kita turun berat di sepanjang Ramadan tetapi naik balik menjelang Syawal. Mari kita lihat kandungan kalori di dalam 8 jenis juadah popular di hari raya. Mungkin anda akan lebih berjaga-jaga setelah mengetahui kandungan kalorinya.

 

  1. Lemang

Menu wajib di hari raya semestinya lemang. Jika tiada lemang seolah-olah tidak lengkap raya kita. Sepotong lemang boleh mencapai kandungan kalori sebanyak 100 kalori. Bayangkan anda biasanya bukan makan hanya sepotong. Jika anda mahu membakar kalori ini, anda harus berjalan kaki selama 30 minit ataupun jogging selama 15 minit.

 

  1. Ketupat

Adik-beradik lemang yang juga merupakan menu wajib di hari raya.  8 kiub kecil ketupat bersamaan dengan 80 kalori, maka jika mahu membakar kalori ini, silalah berjalan kaki selama 20 minit dan mengayuh basikal selama 15 minit. Kebiasaannya ketupat dimakan bersama rendang, maka bertambah-tambahlah kandungan kalori anda.

 

  1. Rendang ayam

Juadah kesukaan semua orang di hari raya. Jika anda menikmati 2 ketul kecil ayam rendang, jumlah kalorinya adalah 100 kalori. Bersedia untuk berjalan kaki selama 30 minit dan dan berjogging selama 15 minit untuk membakar lemak ini.

 

  1. Kuah kacang

Kuah kacang sering dinikmati bersama ketupat nasi. 1 senduk kuah kacang bersamaan dengan 130 kalori. Jadi jangan limpahkan sangat kuah kacang itu ya. Cukuplah sekadar merasa.

 

  1. Lontong

Semangkuk kuah lontong mengandungi jumlah kalori sebanyak 260 kalori. Wah banyak betul ya! Jangan risau anda boleh merasanya tetapi jangan sampai bermangkuk-mangkuk ya. Untuk membakar kalori ini, anda perlu berjalan kaki selama 70 minit!

 

  1. Almond London

Wow ini juga kuih raya kegemaran ramai. Bayangkan 1 biji almond London bersamaan dengan 50 kalori. Jika anda ambil 4 biji almond London, sudah menjangkaui 200 kalori!

 

  1. Tart nenas

Antara biskut raya yang digemari sejak turun temurun adalah tart nenas. 1 biji tart nenas bersamaan dengan 50 kalori. Jangan makan 1 balang ya!

 

  1. Kerepek pisang

Antara juadah sampingan yang sering dijadikan santapan sewaktu menonton televisyen beramai-ramai. Jangan ingat ia rendah kalori ya. 3 keping kerepek pisang bersamaan dengan 40 kalori dan kebiasaannya kita akan makan tanpa henti kerana leka dengan kerangupannya. Hati-hati dengan kalori membukitnya.

 

Bagi mereka yang berdiet dengan gigih sewaktu bulan puasa pasti terkejut dengan kandungan kalori dalam setiap juadah kegemaran kita. Namun begitu jangan risau kerana bukan tak boleh rasa langsung, jamahlah sedikit. Cuma jangan makan sampai lupa diri. Nanti kandungan kalori akan bertambah-tambah.

 

Admin nasihatkan anda minum air kosong sahaja supaya anda boleh menikmati juadah lain dengan lebih banyak. Elakkan minuman berkarbonat. Jangan makan sarapan dengan makanan berat kerana kita baru selesai berpuasa selama 30 hari. Mulakan dengan sarapan sihat dan mesra perut seperti minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol. Nikmati nutrisi hebat dari gabungan 3 ramuan utama iaitu oat, kurma dan madu hanya di dalam 1 peket sahaja. Entrusol juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat anda semua!

 

 

Kredit Gambar : ohbulan

7 MAKANAN SIHAT UNTUK SISTEM PENGHADAMAN ANDA

Bulan Ramadan yang dikasihi bakal melabuhkan tirainya tidak lama sahaja lagi.  Bulan yang bukan sahaja khusus untuk kita pertingkatkan ibadat, malah ia juga bulan yang terbaik untuk sistem penghadaman kita. Mengapa? Kerana inilah satu-satunya bulan di mana badan kita di detoks secara semulajadi dan ini juga masa yang tepat untuk sistem penghadaman kita berehat sebentar dari kesibukan mencernakan makanan yang banyak seprti di dalam bulan-bulan sebelumnya.

 

Jangan lupa, sewaktu bulan Ramadan ini, akibat berpuasa, badan kita telah mengalami perubahan positif dan menyihatkan badan kita tanpa disedari. Jangan pula badan yang telah elok di detoks atau dinyah toksin dibebankan dengan lambakan makanan dan juadah hebat semasa beraya. Makanlah secara berpada-pada . Tika Ramadan meninggalkan kita, maka sistem penghadaman kita kembali terdedah kepada pelbagai jenis makanan yang sihat mahupun tidak. Oleh itu, ia juga masa terbaik untuk kita mula menjaga sistem penghadaman kita semula.

 

Admin mahu kongsikan 7 jenis makanan sihat yang terbukti boleh membantu menambah baik tahap kesihatan sistem penghadaman kita.

 

  1. Halia

Ia membantu melindungi saluran gastro usus dan melegakan masalah ketidakhadaman. Bagi mereka yang bermasalah kembung perut atau masalah angin, halia merupakan remedi terbaik untuk mengeluarkan angin supaya kita berasa lebih lega. Sifatnya yang sedikit panas juga melegakan dalaman kita.

 

  1. Kacang ‘kidney beans’

Kekacang jenis ini menyumbangkan serat larut air dan tidak larut air yang sangat penting bagi pengawalaturan sistem bowel sesorang dan bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, ia boleh membantu melawaskan sistem pembuangan mereka.

 

  1. Bawang

Bawang merupakan bahan perisa yang wujud dalam pelbagai jenis masakan. Ia membangkitkan aroma yang wangi dan menaikkan rasa. Bawang mengandungi inulin iaitu prebiotik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang sangat diperlukan oleh sistem penghadaman.

 

  1. Minyak kelapa

Menggalakkan rembesan jus gaster dan mengurangkan masalah kembung.  Pada masa yang sama minyak kelapa merupakan pilihan yang lebih sihat bagi memasak berbanding minyak kelapa sawit. Sesiapa yang mahu menurunkan berat badan dan prihatin dengan jumlah kalori harian, bolehlah mencuba minyak kelapa.

 

  1. ‘Butternut squash’

Jika anda lihat bentuknya tidak lari seperti labu air cuma ia berwarna oren. Ia mengandungi serat dan karotenoids yang penting bagi melawan kanser dan mengelakkan masalah mata. Jangan buang kulitnya ketika dimasak kerana dikhuatiri akan menghilangkan nutriennya.

 

  1. Daun pudina

Daun pudina bagus untuk mengawal masalah ketidakhadaman dan melegakan perut. Sesiapa yang berasa mual atau kembung, anda boleh mencuba daun pudina atau ‘mint’ yang menyegarkan.

 

  1. Coriander

Coriander berupaya membantu proses penghadaman dan melegakan masalah mual serta ketidakselesaan pada perut. Yang terbaik adalah gunakannya secara segar untuk mengekalkan nutrisinya.

 

Maka setibanya Syawal, jangan lupa untuk kembali menjaga tahap kesihatan penghadaman anda. Mulakan pembelian bahan-bahan makanan yang mesra penghadaman iaiatu yang boleh membantu mengekalkan kesihatan usus kita. Jika anda teringin makan makanan hari raya, jangan sekat, malah makan lah tetapi biarlah berpada-pada. Jangan dari pagi sampai malam asyik makan rending sahaja. Ramai yang suka lupakan serat sewaktu beraya, maka akan wujud masalah sembelit.

 

Oleh itu, jangan dilupakan MyFiber by Entrusol sewaktu musim perayaan ini. Detoks badan anda dari segala toksin dan kekal segar serta bertenaga. MyFiber by Entrusol mengandungi spirulina dan prebiotik yang sangat bagus untuk menguatkan lagi sistem penghadaman kita. Hanya ambil 1 sachet setiap malam dan nikmati kesan baiknya pada keesokan hari. MyFiber ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini. Kekal sihat dan segar bersama MyFiber by Entrusol!

 

 

RAMADAN BAKAL BERAKHIR, INI 7 MANFAATNYA TERHADAP TUBUH BADAN KITA!

Sedar tidak sedar, kita semakin menghampiri ke penghujung Ramadan Al-Mubarak. Rasanya begitu sekejap dan cepat masa berlalu sehingga tidak menyedari akan pemergian bulan seribu satu rahmat ini. Namun begitu, kita masih lagi punya masa berbaki untuk menyudahkan ibadah puasa kali ini. Tahukah anda di sebalik ibadat ini tersingkap pelbagai manfaat kepada kesihatan seseorang itu?

 

Admin ada terbaca di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyenaraikan 7 kelebihan berpuasa kepada tubuh badan kita. Tidak kira agama atau bangsa, sesiapa sahaja boleh mengamalkan amalan berpuasa ini berikutan manfaat hebatnya terhadap tubuh badan kita, antaranya termasuklah :

 

  1. Membantu menurunkan berat badan

Jika anda mahu turunkan berat badan, ibadah puasa dapat membantu anda kerana anda akan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan anda. Itu pun sekiranya anda tidak makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa dan bersahur. Harus kekal jaga kuantiti makanan dan jangan lupa kira kalori ya!

 

  1. Membantu mengawal paras lemak dan kolesterol

Dengan pengurangan makanan dan detoks pada badan, secara tidak langsung paras lemak dan kolesterol akan dapat dikawal dan dikurangkan. Apabila paras kolesterol terkawal, maka kesihatan jantung juga akan menjadi lebih baik.

 

  1. Memperbaiki keberkesanan sistem penghadaman

Ini merupakan masa terbaik untuk sistem penghadaman kita berehat sebentar dan pada masa sama sistem penyerapan juga dapat dipertingkatkan.

 

  1. Membantu meningkatkan fungsi otak

Apabila kita kurang makan, maka oksigen dan pengaliran darah akan dapat ditumpukan kepada otak serta tahap kecerdasan otak akan dapat diperbaiki.

 

  1. Membantu meningkatkan kesihatan jantung

Sepertimana ia membantu menurunkan paras kolesterol dan lemak, maka secara tidak langsung ia akan mempertingkatkan kesihatan jantung seseorang itu. Jantung yang sihat akan memberikan kesihatan total yang lebih baik.

 

  1. Membantu mengawal paras gula dalam darah

Dengan pengurangan makanan dan dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang maka paras gula seseorang itu juga akan dapat diturunkan.

 

  1. Membantu proses detoksifikasi tubuh

Dengan berpuasa, badan akan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan dan seterusnya akan mengembalikan kecergasan pada tubuh.

 

Walaupun bulan Ramadan bakal berakhir, tetapi ia pasti akan dirindui dan anda sebenarnya boleh sahaja meneruskan amalan berpuasa walaupun bukan di bulan Ramadan. Manfaatnya terlalu hebat sehingga diamalkan ramai bangsa dan penganut agama lain. Perlu diingat setelah penat berpuasa seharian, jangan kita bebankan sistem penghadaman dengan makan berlebihan makanan yang bukan-bukan sewaktu berbuka, maka sia-sia sahaja usaha anda nanti.

 

Teruskan pemakanan seimbang dan sihat serta amalkan gaya hidup aktif. Jangan lupa amalkan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran. Lebih mudah, hanya bancuhkan 1 sachet MyFiber by Entrusol ke dalam 150 ml air dan goncangkan. Minum setiap malam sebelum tidur bagi mendapatkan manfaat secara total. MyFiber by Entrusol merupakan minuman berserat tinggi yang kaya dengan spirulina dan prebiotik yang menyokong sistem penghadaman kita. Tiada lagi masalah penghadaman dan usus juga kekal sihat bersama MyFiber by Entrusol.

 

5 JENIS KARBOHIDRAT YANG DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Sedar tak sedar, kita dah berjaya melalui separuh dari bulan puasa dengan baik, alhadulillah syukur. Admin nak bertanya, dah hampir 20 hari ni, ada turun berat badan tak? Atau ada yang bertambah berat badan? Anda yang mana satu? Harapnya anda berada di dalam golongan yang berjaya turunkan berat badan di bulan Ramadan ini. Nanti bolehlah sarungkan baju raya idaman walaupun tak dapat balik kampung, gambar untuk kenangan itu penting!

(selanjutnya…)

5 MINYAK MASAK SIHAT YANG ANDA WAJIB ADA SEPANJANG RAMADAN

Jika kita prihatin terhadap tahap kesihatan kita, sudah pasti kita akan peka dengan pengambilan kalori betul tak? Tidak kisah untuk penyediaan salad, goreng, grill atau apa sahaja jenis penyediaan makanan, biasanya kita akan gunakan minyak masak. Minyak masak yang ada di rumah kita sudah pasti minyak kelapa sawit kerana murah dan mudah didapati. Namun begitu tahukah anda terdapat banyak minyak masak lain di pasaran yang lebih sihat dari segi kandungan nutrisinya. Antaranya termasuklah:

 

  1. Minyak Zaitun

Dikenali sebagai ‘ olive oil’, ini merupakan antara minyak yang paling sihat dan digemari. Ianya bagus untuk kesihatan jantung dan bagi pengurusan diabetes. Minyak zaitun juga dilengkapi dengan lemak monotaktepu dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik. Antioksidan sangat penting kerana boleh mengelakkan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel pada badan. Jenis minyak zaitun yang paling bagus adalah dari jenis Extra Virgin Olive Oil ( EVOO). Namun begitu, minyak zaitun tidak sesuai digunakan untuk menggoreng kerana mempunyai ‘smoke point’yang rendah. Maka anda boleh renjiskannya di atas salmon yang di grill ataupun sebagai bahan sos perisa untuk salad.

olive, olive oil, eat

Minyak Zaitun

 

  1. Minyak Canola

Jangan keliru minyak canola dan minyak jagung. Keduanya berbeza walaupun sama-sama merupakan minyak sayuran. Jika dibandingkan dengan minyak zaitun, minyak canola mempunyai kandungan antioksidan yang lebihrendah berbanding minyak zaitun. Minyak canola mengandungi ‘alpha linoleic acid’ atau asid lemak omega 3 yang sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah keradangan seperti artritis dan penyakit kardiovaskular.
olive oil, health, kitchen

 

  1. Minyak Avokado

Ia mengandungi lemak monotaktepu  serta kandungan potassium, vitamin E dan salah satu sumber antioksidan yang tinggi. Minyak avokado juga mempunyai ‘ smoke point’ yang tinggi maka ianya sesuai untuk aktiviti menggoreng.

essential oil, aromatherapy, cosmetology

Minyak Avocado

 

  1. Minyak Bijan

Ini merupakan minyak yang paling popular di kalangan kaum Cina. Ianya berperisa tinggi dan mempunyai aroma yang kuat. Biasanya akan digunakan sebagai ‘sos dressing’ dan digunakan untuk menggoreng secara ringan seperti menumis sayur-sayuran. Minyak bijan juga bagus untuk jantung dan dikenali sebagai anti –radang yang bagus untuk tubuh badan.

nigella, black cumin oil, fixed oil

Minyak Bijan

 

  1. Minyak Kelapa

Antara minyak yang mudah didapati di Malaysia dan mengandung kandungan lemak tepu yang tinggi. Antara kebaikannya termasuklah boleh menurunkan kadar kolesterol dan sesuai bagi tujuan menggoreng dan membakar.

food, coconut, fruit

Minyak Kelapa

 

Banyak rupanya pilihan yang kita ada untuk memasak dengan cara yang lebih sihat. Namun anda boleh memilih jenis minyak yang lebih mesra  untuk tubuh badan anda. Selain itu, yang paling penting adalah mengawal kuantiti pemakanan anda dan pastikan ianya seimbang dan sesuai dengan jumlah kalori harian yang badan anda perlukan. Jangan lupa minum air secukupnya dalam sehari bagi membantu membakar kalori dengan lebih cepat dan efisyen.

 

Anda juga boleh menikmati satu cawan ‘Entrusol Oat Drink With Honey and Dates’ panas-panas supaya dapat menikmati ramuan oat, kurma dan madu yang boleh memberikan manfaat kesihatan kepada anda. Jika mahu dapatkan berat badan yang unggul semasa Ramadan, jangan lupa kekalkan kesihatan dengan pengamalan gaya hidup yang lebih baik. Selamat Berpuasa!

 

 

6 MANFAAT GARAM BATU DI DALAM ENTRUSOL OATS

Pernah dengar gula batu? Admin masih ingat sewaktu mencuba sarang burung asli dari kedai herba Cina, beliau mencadangkan merebus sarang burung bersama gula batu yang rasanya agak kurang manis. Tetapi selain gula, wujud juga garam batu. Garam batu bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi ia juga digunakan sebagai sumber aromaterapi, sebagai rawatan muka dan juga untuk digosok sebagai pembersih kulit kepala. Garam batu juga dikatakan bagus untuk menghilangkan rasa sakit tekak dengan mengumurkannya.

 

Garam batu ataupun garam bukit, dua nama ini sering digunakan untuk membezakannya dengan jenis garam lain seperti garam putih dan garam laut. Garam putih ini anda boleh dapati di pasaraya dan berada di dalam dapur anda. Ia merupakan garam yang lebih murah dan biasa digunakan kita. Kedua-duanya rasa masin dan tidak boleh ‘over do’ kerana pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah. Perbezaan antara garam putih dan garam batu adalah cara penyediaan atau cara pemprosesannya berbeza.

 

 

salt, hand, food

Garam putih disediakan melalui pelbagai proses kimia yang melalui proses pemutihan atau ‘bleaching’ yang mengakibatkan kehilangan mineral  baik di dalamnya. Ia juga mungkin ditambah dengan bahan tambahan atau ‘additive’ bagi mengelakkan penggumpalan. Dengan proses begini, kebanyakan mineral dan elemen bermanfaat di dalam garam putih akan hilang

 

Berbeza dengan garam bukit yang didapatkan dari kawasan tanah tinggi seperti tanah tinggi ataupun gunung-ganang, ia lebih semulajadi dan lebih sihat  kerana mengandungi garam mineral yang lebih banyak seperti magnesium, potassium, zink dan kalsium yang berguna untuk tubuh badan. Garam batu juga tidak membebankan badan dan lebih mudah melalui proses metabolik dan memberi lebihan tenaga kepada badan serta bagus untuk sistem saraf. Antara kebaikan garam batu kepada badan termasuklah :

 

  1. Menyeimbangkan pH di dalam badan

Kewujudan garam batu akan membantu menyeimbangkan tahap pH di dalam badan yang diperlukan supaya sistem badan dapat berfungsi dengan lebih baik.

 

  1. Mengawal keseimbangan elektrolit di dalam badan

Garam batu mempunyai kandungan iodin semulajadi, tidak seperti garam putih, kebiasannya kandungan iodin ditambah secara ‘artificial’. Kandungan iodin di dalam garam batu akan membantu menyeimbangkan kandungan elektrolit di dalam badan dan membantu mengawal kadar tekanan darah.

 

  1. Baik untuk sendi dan sistem saraf

Garam batu juga bagus untuk mengelakkan masalah kejang otot dan ianya membantu di dalam sistem otot dan juga bagi pengawalan sistem saraf di dalam badan.

 

  1. Mengawal tahap kandungan air di dalam badan

Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi atau proses kehilangan air dari  badan yang boleh membahayakan kesihatan. Dengan hidrasi yang baik, badan akan sedia bertenaga dan cergas.

 

  1. Mengandungi kandungan sodium yang lebih rendah

Garam batu juga mengandungi kurang sodium berbanding garam putih/biasa dan lebih mudah diproses oleh badan kita kerana ia tidak memerlukan air yang banyak untuk menyingkirkan lebihan sodium dari badan berbanding garam putih.

 

  1. Kaya dengan garam dan mineral

Garam batu kaya dengan pelbagai jenis mineral seperti magnesium, potassium, zink dan kalsium yang membantu memperbaiki fungsi sistem badan daan membantu proses detoksifikasi bagi menyingkirkan bakteria dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

 

 

Disebabkan itulah Entrusol Oats atau minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol lain dari yang lain kerana ia mengandungi oat , kurma, madu dan juga garam bukit. Kesemua ramuan ini mempunyai nilai nutrisi yang tinggi dan berguna untuk tubuh badan.

 

Daripada kita minum air yang kalorinya tinggi dan manis serta tiada apa-apa nutrisi lebih baik kita amalkan pengambilan 1 sachet Entrusol Oats di waktu sahur mahupun berbuka. Sediakan panas-panas, kepingan oatsnya sangat banyak dan memberi sedikit rasa kenyang sesuai untuk mengalas perut. Admin doakan kesihatan kita semua, selamat berpuasa dengan Entrusol Oats!

 

8 KEBAIKAN KURMA KEPADA KESIHATAN ANDA!

Kurma bukan sahaja menjadi juadah pada bulan Ramadhan, kerana zat dan nutrisi yang terkandung di dalamnya, tetapi ia kini menjadi sajian biasa untuk menu harian ramai di kalangan kita dek kerana kebaikannya yang sangat banyak. Selain menjadi salah satu makanan Sunnah, ia juga digemari kerana rasanya yang manis secara semulajadi dan memberikan tenaga segera kepada sesiapa yang mengambilnya.

(selanjutnya…)

Need help?