RM0.00

Syarikat Kami
"Wellness For Everyone"

Idea penubuhan jenama ENTRUSOL telah dicetuskan sebagai satu inisiatif bagi menerajui industri kesihatan yang berteraskan konsep inovasi supaya ianya sejajar dengan kemajuan zaman berteknologi kini.

ENTRUSOL membawa maksud ‘ Enter Your Soul’ di mana kami mahu membentuk satu komuniti yang memulakan penjagaan kesihatan bermula dari bahagian dalaman atau ‘soul’ iaitu jiwa mereka. Stigma masyarakat yang banyak menumpukan kepada kesihatan luaran atau fizikal semata-mata adalah sesuatu yang kurang tepat kerana tanpa penjagaan dari dalaman iaitu merangkumi kesihatan minda, emosi dan rohani, tidak mungkin kesihatan fizikal dan kesejahteraan dapat dicapai. Entrusol berhasrat untuk mengubah cara masyarakat kita berfikir dengan mula memfokuskan kepada penjagaan kesihatan dalaman mereka. Kesihatan 3 elemen dalaman ( minda, emosi dan rohani) wajib menjadi tunjang utama di dalam rutin penjagaan kesihatan seseorang itu sebelum mula beralih kepada penjagaan luaran atau fizikal.

Selain daripada itu, bersesuaian dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi di kalangan masyarakat di Malaysia, Entrusol juga berhasrat untuk menjadi salah satu daripada sistem sokongan kerajaan bagi membendung masalah ini.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Obesiti merupakan punca kepada pelbagai penyakit NCD yang berbahaya seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Manakala berpandukan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), Malaysia kekal sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk obes yang paling tinggi di Asia sejak tahun 2015 sehingga kini. Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus. Malaysia juga menjadi sebuah negara obes di mana seorang dari dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti merupakan masalah kesihatan utama di seluruh dunia dan sekiranya masalah ini tidak diselesaikan, maka produktiviti negara juga akan menurun serta berpotensi menggugat tahap kemajuan ekonomi Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Entrusol berasa terpanggil untuk menjadi salah satu dari entiti yang akan membantu mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya mereka menjaga kesihatan dengan lebih baik melalui rangkaian produk berkualiti dan selamat di bawah jenama Entrusol. Selain itu, Entrusol mahu menjadi salah satu sumber rujukan yang dipercayai untuk mendapatkan info-info kesihatan berguna kepada masyarakat sejagat. Dengan amalan gaya hidup yang baik, tahap kesihatan juga dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat mewujudkan komuniti yang lebih produktif dengan kualiti hidup yang cemerlang.

Visi & Misi

Visi

Memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan menitikberatkan konsep kesejahteraan sebagai faktor utama. Melalui jaringan produk unik yang berinovasi, kami mahu lebih dekat dengan masyarakat agar dapat berkongsi lebih ilmu dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan bersama

Misi

Untuk membentuk komuniti yang memiliki kualiti kehidupan yang baik menerusi jaringan produk kesihatan berinovasi dan menjadi sebuah platform yang mampu melahirkan golongan usahawan yang berdaya saing dan berketerampilan

LOGO ENTRUSOL

Pemilihan warna rasmi logo Entrusol juga adalah simbolik kepada warna pelangi yang mewakili 7 warna yang juga bertepatan dengan warna cakra manusia menurut ilmu metafizik iaitu putih, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.

Cakra merupakan titik energi atau aura yang berada di dalam tubuh badan manusia dan setiap warna mewakili bahagian di dalam badan manusia dengan maksud tertentu. Kombinasi ketujuh-tujuh warna ini akan memberikan keseimbangan kepada badan, minda dan rohani seseorang itu dan mempengaruhi kualiti hidup mereka.

Pencapaian keseimbangan ini juga berpotensi menghasilkan hidup yang lebih harmoni dan positif. Sekiranya salah satu aura ini terganggu, elemen-elemen fizikal, minda dan spiritual seseorang itu juga akan turut terganggu.

Gabungan 7 warna utama ini kami bawakan sebagai simbolik kepada pembinaan rangkaian produk kami yang memberi manfaat kepada tubuh badan manusia secara total dan holistik agar tahap keseimbangan kesihatan yang optimum dapat dicapai. Pencapaian tahap kesihatan tidak sepatutnya dalam keadaan yang menyakitkan atau membosankan, tetapi ia sebenarnya boleh dicapai dengan penuh keceriaan dan positif seiringan dengan pemilihan 7 warna utama di dalam logo Entrusol.

Kami yakin kesihatan bukanlah sesuatu yang mewah dan sukar didapati, tetapi semua individu layak mendapat kesihatan dan kesejahteraan yang ‘equal’ sama seperti sesiapa sahaja di sekeliling mereka. Melalui inovasi, kami mahu menjadi denama yang menerajui industri kesihatan dengan rangkaian produk kesihatan yang unik dan tidak tipikal supaya ia dapat bertanding setaraf jenama-jenama besar di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Prinsip Kami

KEUNIKAN

merupakan fokus utama syarikat ini di mana objektifnya adalah untuk mengeluarkan rangkaian produk kesihatan yang unik dengan kualiti yang hebat agar dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup seseorang. Pada masa yang sama prinsip kami adalah untuk mengubah stigma masyarakat yang sering menyamakan semua produk di pasaran dengan kualiti yang tidak setanding harga. Objektif kami adalah untuk mengeluarkan rangkaian produk yang berkualiti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Bermula di tanahair tercinta Malaysia, dengan aspirasi yang kami bawakan, kami mahu memperluaskan perniagaan kami sehingga ke peringkat antarabangsa kami sehingga ke peringkat anarabangsa.

KONSEP

Bersesuaian dengan tulisan logo Entrusol yang kemas dan ringkas, kami juga menginspirasikan konsep minimalis di dalam setiap rekaan dan bentuk packaging produk Entrusol. Dengan prinsip asas, ringkas dan menggunakan konsep simplicity, kami dapat mengalihkan fokus para pengguna kami daripada rekaan yang kompleks kepada fokus yang lebih utama, iaitu isi kandungan produk berkualiti kami. Konsep minimalis bersesuaian di dalam memberikan gambaran ketenangan bersesuaian dengan konsep yang ada pada 7 kombinasi warna pada logo Entrusol yang membawa maksud keseimbangan dan keharmonian.keseimbangan dan keharmonian.
Copyright © 2020-2022 Entrusol | Powered by My Innovative Wellness Sdn Bhd(1003824-U)
envelopephone-handsetmap-markermenu-circle
Need help?
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram