KETAHUI 7 CARA TERBAIK KURANGKAN GULA!

Rasanya bulan Ramadan kali ini berlalu dengan sangat cepat jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Bayangkan tak lama sahaja lagi kita bakal menyambut Syawal, hari raya Aidilfitri yang dinantikan seluruh umat Islam. Walaupun raya tahun ini kita tidak berkesempatan beraya di kampung seperti biasa tetapi jangan risau kerana kemeriahan hari raya masih dapat dirasai  bersama.

 

Jika bulan Ramadan kita perlu kawal diri dari kandungan gula di dalam kuih-muih dan juadah, nantikan Syawal yang bakal menjelma kerana lebih banyak gula akan dijumpai di dalam pelbagai biskut raya, kek lapis dan pelbagai lagi juadah raya. Sebelum Syawal menjelma , mari kita siap-siap disiplinkan diri agar kita kekal terkawal dalam pengambilan gula di dalam rutin harian kita. Admin kongsikan apakah 7 tips untuk kurangkan gula.

 

  1. Elak menambah gula di dalam masakan

Yang terbaik, jika boleh cuba elakkan menambah gula di dalam masakan kita. Kita mahu sihat dengan memasak di rumah, maka kita harus kawal gula dan garam di dalam masakan. Jika anda suka kan manis, cuba kurangkan secara perlahan-lahan.

 

  1. Pilih produk yang bebas gula atau rendah gula

Apabila membeli-belah di pasaraya, pilihlah makanan yang mempunyai label kurang gula atau rendah gula atau lebih baik lagi ‘ no sugar added’.

 

  1. Makan buah sebagai ganti pencuci mulut

Jika kita sebut pencuci mulut sudah pasti yang terbayang di minda adalah kek, pudding, aiskrim , biskut dan pelbagai lagu yang kesemuanya manis-manis belaka. Apa kata anda gantikan dengan buah-buahan yang manis secara semulajadi seperti manga, anggur, oren kerana pilihan ini jauh lebih sihat.

 

  1. Baca label makanan

Apabila ke pasaraya lihat label makanan, elakkan makanan yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan kerana ini adalah petanda kandungan gulanya tinggi.

 

  1. Elakkan makanan atau minuman bergula di antara hidangan utama dan waktu tidur

Jika anda sukakan air panas sebelum tidur apa kata cuba tanpa gula. Perlahan-lahan dan lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasa kurang manis itu.

 

  1. Minum air kosong

Banyakkan minum air kosong dan elakkan segala macam air manis yang bergula. Minum air kosong akan menggalakkan sistem badan kita berfungsi dengan lebih baik.

 

  1. Hadkan 1 sudu teh untuk 1 cawan minuman anda

Kurangkan pengambilan gula di dalam air minuman anda. Yang terbaik, amalkan minum air kosong kerana ia mengandungi kosong kalori!

 

Maka bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, bukan sahaja jumlah kalori perlu diberi perhatian, malah wajib untuk mengawasi kadar pengambilan gula harian. Gula juga mengandungi kalori dan pada masa yang sama ianya juga tidak bagus untuk kesihatan jika diambil secara berlebihan. Penyakit kencing manis merupakan antara penyakit yang berkait rapat dengan pengambilan gula yang berlebihan.

 

Amalkan makanan sihat dan tinggi serat serta biasakan diri untuk kekal aktif dengan melakukan senaman ringan secara rutin. Jangan lupa amalkan Minuman Bijirin Oat dengan Kurma dan Madu Entrusol yang bermanfaat membekalkan tenaga, serat dan pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Kandungan gula di dalam 1 peket ‘Entrusol Oat Cereal Drink’ juga sangat rendah iaitu 130 kcal sahaja. Menjelang Syawal yang bakal menjelma tidak lama sahaja lagi, Entrusol ingin menyarankan kita semua untuk berhati-hati dengan kandungan gula di dalam setiap juadah Aidilfitri. Kekal sihat walaupun di bulan perayaan!

 

Need help?