Kentut di bulan puasa? Ketahui 4 Faktor Berlakunya ‘Flatulence’

Admin masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak di mana kita belajar Pendidikan Islam di sekolah bab berpuasa, kami membincangkan topik perkara-perkara yang membatalkan puasa. Terdengar suara rakan yang duduk di sebelah meja admin lantang bertanya kepada ustazah “ Ustazah kalau kentut batal tak puasa”.

 

Kalau kentut boleh batal puasa rasanya mustahil ada sesiapa pun yang boleh bertahan puasa selama 1 hari! Sudah pastilah ianya tidak batalkan puasa. Apatah lagi di bulan Ramadan, badan lebih mudah berangin dan perut senang kembung meyebabkan angin juga senang keluar.

 

Kentut bukanlah sesuatu yang memalukan, tetapi ia juga petanda kesihatan sistem penghadaman anda. ‘Flatulence’ merupakan kentut atau membebaskan angin dari laluan penghadaman yang melalui anus. Ia berlaku apabila gas terkumpul di dalam laluan sistem pencernaan dan ia adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan. Seorang yang normal akan kentut lebih kurang 10 kali sehari.

 

Sesiapa yang kentut berlebihan itu tandanya ada masalah berkaitan sistem penghadamannya. Angin terbentuk melalui 2 cara iaitu apabila anda tersedut angin sewaktu minum atau makan di mana ia akan menyebabkan oksigen dan nitrogen ke dalam laluan pencernaan. Yang kedua pula, apabila anda menghadam makanan anda, gas seperti hydrogen, metana dan karbon dioksida akan terkumpul. Antara kedua cara inilah yang menyebabkan terhasilnya ‘flatulence’.Kerana itulah jangan tergopoh-gapah gelojoh berbuka puasa kerana dikhuatiri akan tersedut angin semasa makan atau minum.

 

  1. Makan atau minum terlalu cepat

Dalam keadaan ini anda akan tersedut angin sewaktu minum atau makan di mana ia akan menyebabkan oksigen dan nitrogen ke dalam laluan pencernaan.

 

  1. Yang kedua pula, apabila anda menghadam makanan anda, gas seperti hidrogen, metana dan karbon dioksida akan terkumpul.

    Gas-gas ini yang bila dilepaskan, menjadi ‘flatulence’.

 

  1. Pengambilan makanan yang menyebabkan angin

Jenis makanan juga berpotensi menyebabkan pembebasan gas dengan lebih kerap. Antara makana yang boleh menyebabkan kentut berlebihan termasuklah kekacang, kubis, kismis dan brokoli. Jenis-jenis makanan ini boleh menyebabkan makana dihadamkan dengan lebih lama dan menyebabkan kentut berbau lebih busuk dari biasa. Makanan yang tidak dapat dihadam akan terus melalui saluran pencernaan tanpa diserap, maka ini juga menyebabkan lebih banyak gas.

 

  1. Aktiviti bakteria penghadaman di dalam usus

Di dalam usus manusia, terdapat koloni bakteria bermanfaat yang tugasnya adalah untuk membantu penghadaman. Proses penghadaman ini akan membebaskan gas yang berupaya membuatkan anda melepaskan angin.

 

    Sistem penghadaman memang unik, dengan kentut pun boleh tahu sihat atau tidak. Maka jika anda mempunyai rakan-rakan yang selalu kentut, jangan ketawakan dia kerana ia mungkin petanda kepada masalah-masalah penghadaman. Kerana kentut berlebihan itu adalah tidak normal.

 

Kami mempunyai ramai pengguna yang mempunyai masalah angin dan mengalami pengurangan sejak mengamalkan pengambilan My Fiber. Ia kaya dengan kandungan prebiotik yang mengurangkan pembebasan gas beracun dari bakteria yang tidak baik dalam usus. Angin berlebihan dalam badan boleh mengganggu rutin seharian kita dan menyebabkan badan menjadi tidak selesa.

 

Apatah lagi sekarang adalah bulan  berpuasa, ramai yang nak beribadat dan memerlukan keadaan yang kurang berangin. Sesiapa yang nak berterawih haruslah tidak mahu kentut berlebihan kerana akan menyukarkan. Jaga pemakanan dan teruskan amalan meminum MyFiber by Entrusol. Kita kekal sihat dan fokus dengan ibadat kita di bulan Ramadan ini.

Need help?