HINDARI STRESS DI BULAN RAMADAN DENGAN 6 JENIS MAKANAN INI

            Bulan puasa sepatutnya menjadi bulan yang menenangkan dan mendamaikan kerana kita berpeluang menumpukan fokus sepenuhnya kepada ibadah berpuasa kita. Namun begitu, admin yakin setelah kita melalui fasa PKP selama hampir 2 bulan, pasti ada di kalangan kita yang runsing berikutan perihal kewangan, hal keluarga, kerjaya dan bermacam lagi.

 

Stress mempunyai kesan buruk terhadap sistem penghadaman kita. Apabila kita stress, hormone kortisol dirembeskan dan pada masa sama ia memberi isyarat kepada perut untuk menghasilkan jus gaster yang bersifat asidik secara berlebihan. Rembesan asid secara berlebihan ini berkemungkinan menyebabkan masalah pedih ulu hati dan juga gastrik.

 

Usahlah kita stress di bulan yang baik ini, sama-sama kita lakukan aktiviti yang menggembirakan dan banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran di bulan baik ini. Pada masa yang sama anda boleh mencuba 6 jenis makanan yang boleh membantu anda rasa tenang dan menyingkirkan rasa stress.

 

Kebanyakan mereka yang mengadapi stress kebiasaanya akan berkurung, mengasingkan diri dan ada juga yang membalas dendam dengan makan tanpa henti. Ada beberapa orang yang admin kenal yang mendapat obesiti kerana dia melepaskan stress nya pada makanan. Tapi sebenarnya kalau dah makan terlalu overloaded, penyakit datang maka stress akan jadi lebih teruk sebenarnya.

 

  1. Madu

Madu mengandung tryptophan yang tinggi. Ia mampu mengurangkan rasa cemas dan melancarkan saraf Anda. Caranya ialah anda disarankan menambah satu sudu makan madu dalam yogurt sebagai sarapan atau oleskan madu pada roti bakar. Hidangan ini mampu menjadi permulaan pagi lebih baik sebelum memulakan rutin harian anda.
honey, yellow, beekeeper

 

  1. Susu Panas

Susu juga mengandung tryptophan dan kalsium yang memberikan ketenangan. Anda boleh ambil segelas susu sebagai minuman atau campuran dalam cereal pagi anda.
milk, dairy products, pitcher

 

  1. Teh Hijau

Teh hijau sarat dengan L-theanine, bahan kimia untuk menghilangkan stres dan mendorong rasa tenang. Minum secawan teh hijau tanpa kafein sebelum tidur menjadi cara terbaik untuk releksasi fizikal dan mental setelah seharian dengan rutin yang penuh tekanan.
peppermint, medicinal plant, medicinal herbs

 

  1. Coklat

Coklat mempunyai banyak manfaat terutama bagi perawatan diri. Dark chocolate boleh membantu mengurangkan  kadar stress dalam badan. Mengambil coklat juga membantu menstabilkan metabolisme.
chocolate, schokalodentafel, chocolate bars

 

  1. Air Kelapa

Kajian yang dilakukan oleh Columbia University pada 2010 mendapati orang yang minum air dan makan isi kelapa boleh membantu menurunkan tekanan darah. Oleh itu anda mungkin boleh memasukkan parutan kelapa muda dalam smoothie untuk sarapan atau minum air kelapa muda disaat stress.
tea, iced tea, thai iced tea

 

  1. Sayuran Hijau

Sayuran hijau dan berdaun, seperti bayam dan kangkung mengandung folat yang menjadi vitamin bagi tubuh utnuk membantu  menghasilkan dopamin,  sejenis bahan kimia dalam otak yang merangsang rasa nyaman. Satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Affective Disorders pada 2012 menyatakan orang yang melakukan diet tinggi folat kurang gejala depresi.
smoothie, juice, drink

 

Maka selepas ini, bolehlah tambahkan 6 jenis makanan ini di dalam sajian bersahur dan berbuka anda. Kesihatan mental merupakan sama penting dengan kesihatan fizikal kita. Janganlah kita abaikannya. Sekiranya anda rasa terbeban dan keseorangan, hubungi lah talian kaunselor yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik.

 

Amalkan pemakanan sihat dan jangan lupa ambil 1 sachet MyFiber by Entrusol setiap malam untuk membantu anda detoks. Apabila badan anda bersih dari toksik yang tidak diperlukan badan, maka badan anda akan menyerap lebih nutrisi yang badan anda perlukan. MyFiber juga mengandungi serat , spirulina dan kandungan prebiotik yang bermanfaat membantu menjaga kesihatan usus anda. Kekal sihat di bulan Ramadan bersama MyFiber by Entrusol.

Klik Disini Untuk Promosi ini

 

Need help?