KETAHUI KALORI PADA 4 BAHAGIAN AYAM KEGEMARAN ANDA

Masakan berunsurkan ayam sudah pasti menjadi kegemaran rakyat Malaysia secara umumnya. Tidak kiralah dari ayam goreng, ayam paprika, ayam masak merah, ayam masak hitam, ayam bakar, ayam rendang….admin pasti dalam setiap menu ayam yang admin sebut ni sudah pasti terselit salah satu juadah kegemaran anda? Haa…menu yang mana satu agaknya tu.

 

Tidak salah jika nak makan ayam, namun begitu ayam ni jika salah pilih bahagiannya maka anda mungkin ada kebarangkalian tambah lemak dan naik berat badan. Tahukah anda pemilihan setiap bahgian ayam mempunyai kandungan kalori yang berbeza. Cuba anda pergi ke mana-mana restoran ayam goreng kegemaran ramai anda dan perhatikan, majoriti pelanggan akan memesan bahagian ‘drumstick’ iaitu ‘peha ayam’, sehinggakan jika anda memesan bahagian ini, harganya juga turut dinaikkan. Peha ayam apatah lagi digoreng, sudah pasti menjadi kegemaran kita semua, tanpa mengira usia. Bahagian ayam yang paling kurang popular dan paling jarang dipesan adalah bahagian dada ayam.

 

Mari kita lihat berapa jumlah kalori pada ayam mengikut bahagian masing-masing.

 

  1. Kepak ayam

Selain peha ayam, kepak merupakan bahagian yang paling popular dan sering dipesan oleh kita semua. Bayangkan kepak ayam madu , antara menu paling digemari. Berapakah kandungan kalorinya? 280 kalori untuk setiap 100g. Sungguh tinggi, itu belum lagi jika anda menggorengnya, kalori minyak sahaja dah berapa. Selain itu, kandungan proteinnya adalah 18 gram , manakala kandungan lemaknya adalah yang tertinggi di antara kesemua bahagian ayam iaitu 16 gram.  Jadi sekiranya anda ingin memesan kepak ayam selepas ini, fiki-fikirkan….

 

  1. Peha ayam

Wah ini satu lagi kegemaran ramai. Jika ke mana-mana restoran terutamanya restoran makanan segera atau ‘fast-food’, bahagian peha atau ‘drumstick’ merupakan bahagian yang paling diminati. Pastilah sebab sedap, apatah lagi kulitnya juga banyak. Tetapi jumlah kalorinya adalah 160 kalori, kandungan protein 19g serta kandungan lemak adalah 9gram. Wow! Boleh tahan juga jumlah kalorinya. Kebiasaannya jika ke restoran ‘fast-food’, kita tidak pesan hanya 1 ketul ‘drumstick’ bukan, kerana saiznya biasanya kecil. Paling tidak kita akan pesan 2 ketul, jumlah kalori di situ sahaja sudah mencecah 320 kalori!

 

  1. ‘Thigh’ ayam

Satu lagi bahagian kegemaran ramai adalah ‘thigh’ ayam iaitu satu bahagian di atas bahagian peha. Rasanya sudah pasti sedap. Berapakah kandungan kalorinya? 119 kalori! Selain itu, kandungan proteinnya adalah 20gram dan lemak 4 gram. Jika anda penggemar ‘drumstick’ dan ‘wing’, mungkin anda boleh cuba menukarkan selera anda kepada ‘thigh’.

 

  1. Dada ayam

Boleh dikatakan bahagian ini bukanlah paling digemari ramai. Jika kita mendapat sekotak berisi ayam goreng, bila membukanya dan terlihat 2 ketul ayam bahagian dada, boleh buat bergaduh tau! Muncung sampai ke petang kerana kebiasannya ayam bahagian dada tidak digemari ramai. Mungkin kerana bahagian isinya yang padat. Namun begitu, bahagian dada merupakan bahagian yang paling digemari oleh mereka yang sedang berdiet ataupun yang sedang ingin menurunkan berat badan. Kerana kandungan kalorinya hanyalah 114 kalori, kandungan proteinnya adalah yang tertinggi iaitu 21gram, manakala kandungan lemaknya adalah paing rendah iaitu 3 gram sahaja. Selain itu jika anda makan bahagian dada, ia lebih mengenyangkan kerana mengandungi bahagian daging yang padat.

 

Jika anda lihat laporan NHMS (National Health and Morbidity Survey 2019) iaitu satu kajian atau survey untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia, rakyat Malaysia masih menjadi antara rakyat yang paling obes. Masudnya obesiti masih menjadi antara masalah paling serius di kalangan rakyat. Obesiti atau berat badan berlebihan sudah pasti berpunca dari kegagalan mengawal diet yang seimbang.

 

Oleh kerana itu, kita perlu mengambil berat berkaitan jumlah kalori harian yang kita ambil dan menambahkan ilmu berkaitan BMI agar kita mendapat nilai yang sihat dan tidak berada di dalam golongan obes. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta banyakkan minum air. Tambahkan makanan sihat di dalam menu harian anda seperti oat. Jika anda mahu opsyen yang lebih mudah, hanya amalkan 1 sachet minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol yang sudah pasti lazat dan kaya dengan nutrisi yang kita perlukan. Gabungan kurma dan madu akan memberikan tenaga segera serta meningkatkan daya tahan badan. Kepingan oatnya yang mewah juga sangat baik untuk jantung dan oat memang terbukti boleh membantu megawal kadar kolesterol di dalam badan. Jangan lupa ceriakan pagi anda bersama Entrusol Oat Cereal Drink! ‘Simply fun taste…tikk!!’.

 

Klik pada gambar di atas untuk promosi yang lain

JOM KENALPASTI JUMLAH KALORI DI DALAM 5 JENIS MINUMAN KEGEMARAN ANDA!

Setiap kali Ramadan menjelma, sudah pasti pelbagai jenis makanan dan minuman kegemaran kita mula berlegar di dalam fikiran kita. Tetapi sudah pastilah bukan air kosong! Tetapi aneka minuman manis pelbagai warna yang menjadi idaman kalbu! Sebagaimana meriah rasa dan warnanya, begitu juga meriahnya jumlah kalori di dalamnya.

 

Apakah minuman yang anda teringin sepanjang bulan Ramadan ini? Air bandung, katira, teh ais madu, ‘ice blended’ ataupun ‘coconut shake’? Jangan kita lupa kesemua ini sarat dengan jumlah kalori yang sesekali sangat tidak masuk akal. Amat rugi jika kita bazirkan kalori pada minuman sahaja. Ini tidak termasuk lagi jumlah kalori makanan. Jika dijumlahkan kesemuanya, admin pasti jumlah kalori harian anda sudah lebih dari yang sepatutnya dan kenaikan berat badan bakal terjadi!

 

Mari kita lihat jumlah kalori di dalam beberapa jenis minuman kegemaran kita.

 

  1. ‘Pearl milk tea with boba’

Antara minuman kegemaran ramai dengan bijian boba dan teh susu. Kalorinya boleh mencapai sehingga 375 kcal! Wah sangat tinggi, seolah-olah kalori untuk satu sajian utama.

 

  1. ‘Ice blended with chocolate chip and whipped cream’

Sedapnya jika dapat nikmati 1 cawan penuh minuman ini apa lagi sewaktu cuaca panas terik. Jumlah kalorinya pula mencecah 420 kcal! Jika anda dah minum minuman ini, pasti rasa menyesal. Namun boleh rasa jika teringin tetapi jangan kerap ya. Ini belum kira lagi jumlah gula di dalamnya. Menangis agaknya buah pinggang kita!

 

  1. Horlick ais

Rasanya yang manis, ditambah dengan susu pekat bersudu-sudu, terimalah jumlah kalorinya iaitu 200 kcal. Dengan meminumnya sahaja sudah rasa kenyang, jika ditambah lagi makanan lain, selamat naik berat badan ya!

 

  1. Nescafe susu

Teman di waktu malam ketika ingin berjaga terutamanya sewaktu zaman universiti dahulu. 1 cawannya sahaja memberikan 180 kcal.

 

  1. Sirap bandung

Air kegemaran ramai dengan 200kcal. Ini tidak termasuk lagi jika ditambah soda. Maka berduyun lambakan kalori di dalam 1 gelas minuman.

 

Lihatlah betapa saratnya kandungan kalori di dalam satu-satu jenis minuman yang lazat ini. Bukan sahaja ianya sedap tetapi yang lebih dibimbangkan adalah kesannya terhadap kesihatan kerana kesemuanya mengandungi gula yang sangat tinggi. Kalori yang banyak juga bakal mengganggu di dalam proses penurunan berat badan kelak.

 

Antara banyak minuman yang sepatutnya kita lebih amalkan adalah minuman yang paling jimat kalorinya iaitu air kosong yang juga berkalori kosong. Jika anda minum air kosong atau air yang berkalori rendah, maka anda berpeluang makan makanan yang lebih bervariasi dari segi kandungan kalorinya kerana anda sudah jimat kalori pada bahagian minuman.

 

Apa kata anda cuba minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol yang kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan serta berita baiknya adalah kandungan kalorinya hanyalah 130 kcal! Kandungan gulanya juga hanya 4 gram satu peket dan ini dikatakan rendah berbanding minuman oat di luar yang mengandungi lebih kurang 10 gram gula.

 

Dengan rasanya yang lazat serta mudah disediakan, ‘Entrusol Oat Cereal Drink’ kekal menjadi minuman pilihan ramai sebagai sajian sewaktu sahur atau berbuka. Ramai yang lebih menggemarinya sebagai juadah bersahur kerana kebolehannya memberi tenaga dan kesan kenyang lebih lama berikutan kaya dengan kepingan oat yang berkhasiat.

 

Hanya tambahkan air panas dan nikmati 1001 manfaat kesihatan di dalam 1 cawan sahaja, Jangan lupa bukan hanya kalori memainkan peranan dalam usaha menurunkan berat badan, malah penting juga untuk kita mengamalkan gaya hidup aktif dan kekalkan kesihatan mental yang baik. Entrusol menyokong anda yang bersemangat mendapatkan berat badan ideal terutamanya di musim perayaan yang bakal tiba ini. Teruskan berusaha dengan gigih!

 

5 JENIS KUIH POPULAR DI BULAN RAMADAN BESERTA KANDUNGAN KALORINYA!

Walaupun tahun ini tiada bazar Ramadan, tetapi masih wujud perkhidmatan atas talian yang menyediakan khidmat pesanan juadah berbuka puasa. Maka anda masih boleh menikmati juadah kesukaan anda walaupun ketiadaan bazar. Ada yang gemarkan popiah, murtabak dan tidak kurang juga kuih-muih tradisional.

 

            Kuih- muih seperti tepung pelita, kuih lapis dan lepat pisang merupakan antara kuih kegemaran ramai. Kuih-muih walaupun bersaiz kecil tetapi jangan ingat ia selamat dan sihat untuk dimakan. Majoriti kuih-muih di Malaysia memang terkenal dengan kemanisannya. Kandungan gulanya amat tinggi! Kalau nak merasa sepotong dua boleh lagi tetapi jangan sampai satu dulang ya.

 

Mari kita kenalpasti berapa kandungan gula di dalam 5 jenis kuih popular di bulan Ramadan.

 

  1. Seri muka – 10 gram dengan 187 kcal
  2. Kuih koci – 13 gram dengan 160 kcal
  3. Lepat pisang – 14 gram dengan 180 kcal
  4. Donut – 10 gram dengan 290 kcal
  5. Bingka ubi kayu- 14 gram dengan 220 kcal

 

Wah banyak betul kandungan gula di dalam sepotong kuih. Kandungan kalorinya juga tinggi. Kebiasaannya kita tidak hanya makan sepotong kuih , biasanya lebih dari satu atau dua. Terlalu tinggi kalori akan menambahkan risiko kenaikan berat badan. Sangat sayang jika di bulan puasa ini kita kenaikan berat badan oleh kerana pengambilan gula berlebihan dari kuih-muih. Ini tidak termasuk lagi dengan minuman manis.

 

Gula termasuk di dalam kumpulan karbohidrat ringkas yang mudah dan cepat diproses dan dihadam oleh badan. Jika anda banyak mengambil makanan manus sewaktu bersahur, maka anda akan berasa cepat lapar di siang hari. Pengambilan gula berlebihan juga akan meningkatkan risiko diabetes di mana ia meningkatkan paras gula di dalam darah.

 

Ini belum lagi tiba hari raya di mana terdapat variasi biskut raya yang sudah pasti manis dan tinggi kandungan gula. Nasihat admin, dari sekarang kita kurangkanlah pengambilan gula secara perlahan-lahan samada di dalam masakan atau minuman. Jika anda biasa ambil kopi panas dengan 4 sudu gula, kurangkanlah kepada 2 sudu sahaja. Lama-kelamaan pasti anda akan dapat kurangkannya.

 

Pelbagaikan jenis makanan anda setiap hari supaya anda tidak mudah berasa bosan. Tambahkan serat dan makanan sihat lain di dalam menu harian anda dan mulakan hari dengan pengambilan makanan bernutrisi.

 

Anda boleh cuba bersahur dengan 1 peket minuman bijirin oat dengan kurma dan madu Entrusol, di mana ia bukan sahaja mudah dan cepat disediakan, malah ia kaya dengan manfaat kesihatan. Kandungan gula di dalam 1 peket adalah 4 gram sahaja dan kandungan kalorinya hanya 130 kcal. Kandungan kepingan oat yang banyak akan mengembang di dalam perut dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Nikmati keceriaan sambil menikmati khasiat oat, kurma dan madu di dalam 1 peket! Selamat berpuasa!

 

 

 

gambar ihsan daripada Pinterest mydukandiary

Need help?