AWAS ! 5 KEBURUKAN SEMBELIT DI BULAN RAMADAN

Hati-hati bagi anda yang pernah mengalami sejarah sembelit sebelum berpuasa kerana setibanya bulan Ramadan ini, kemungkinan besar masalah sembelit anda akan menjadi lebih buruk. Antara faktornya adalah kerana kita kurang minum dan juga kurang pengambilan sumber serat semasa bersahur mahupun berbuka. Kebanyakannya sewaktu berbuka semua nak terkam makanan manis dan sedap-sedap sahaja, itu yang air kosong dan sayura serta buah diabaikan.

Siapa yang tak suka kan dengan makanan yang sedap. Bayangkan murtabak daging, nasi kerabu, ayam percik, air soda bandung, air sirap selasih..sudah pastilah tak boleh nak abaikan betul tak. Bukan tak boleh, tetapi biarlah berpada-pada kerana jika diteruskan ia akan menjadi budaya dan tabiat yang akan diteruskan setiap hari. Apatah lagi, jika anda nak kurus, jangan amalkan ya gaya pemakanan begini. Nanti lepas Ramadan berlalu, berat badan naik mencanak-canak.

Jika anda kurang minum air, kurang makan buah-buahan dan sayur, dan juga makan makanan yang boleh mencetuskan masalah sembelit seperti kopi, coklat dan makanan bergoreng, kemungkinan besar masalah sembelit akan menjadi lebih buruk. Sembelit adalah kesukaran untuk membuang air besar. Sebagai contoh seseorang boleh mengalami masalah membuang air besar selama 1 ke 2 hari sehinggalah ke berminggu-minggu. Tahukah anda jika masalah sembelit tidak diselesaikan dengan baik, ia boleh menjadi lebih buruk dan menjadi sembelit kronik.

 

Antara masalah-masalah yang kita tidak mahu adalah:

 

  1. Buasir

Masalah pertama yang akan muncul berikutan masalah sembelit kronik yang berpanjangan adalah buasir. Apabila seseorang mengalami masalah sembelit, najisnya keras dan perlu meneran dengan lebih kerap dan menyebabkan penggumpalan dan pembengkakkan salur darah di rektum. Buasir boleh berlaku di dalam ataupun terkeluar dari rektum. Sudah pasti ia adalah keadaan yang tidak selesa dan menyakitkan.

 

  1. “ Faecal Incontinence”

Keadaan ini berlaku apabila anda tidak boleh mengawal proses pembuangan air besar. Maksdunya anda tidak boleh kawal jika tiba-tiba anda rasa hendak membuang air besar. Kadangkala tidak sempat ke tandas! Ini adalah kesan daripada masalah sembelit yang diikuti dengan tabiat suka meneran dengan kerap. Tabiat ini akan menyebabkan otot di bahagian rektum dan saraf di bahagian itu menjadi lemah dan rosak.

 

  1. “ Anal Fissure”

Ia merupakan satu kondisi di mana berlaku koyakan di bahagian anus kerana keadaan najis yang besar dan keras yang dipaksa dikeluarkan di bahagian anus.

 

  1. Berak berdarah

Jika najis yang keras dan berketul besar dipaksa melalui saluran rektal, ia akan menghakis bahagian dinding rektum yang kaya dengan salur darah. Jika geseran berlaku dengan kuat, salur darah akan pecah dan menyebabkan berlakunya berak berdarah. Hati-hati jika kuantiti darah yang terhasil adalah terlalu banyak kerana ia boleh mendatangkan lebih banyak masalah.

 

  1. Keletihan dan kelesuan

Mereka yang mengalami masalah sembelit akan mendapati bahagian abdomen mereka agak keras dan kejang. Stress akan berlaku dan seterusnya akan berlaku keletihan atau kelesuan. Kelesuan boleh berlaku kerana malnutrisi. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah sembelit akan berhati-hati dan takut untuk makan kerana proses membuang air besar yang menyakitkan. Ini menyebabkan badan kurang nutrisi dan badan akan menjadi lemah dan lesu.

            Jika masalah sembelit kronik ini tidak diselesaikan, ia juga boleh membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu kanser kolon. Sebab itulah jangan kita tak ambil peduli dengan masalah sembelit ini. Jaga pemakanan dan banyakkan minum air kosong. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan sewaktu berbuka dan sahur.

 

Lebih mudah, hanya ambil 1 sachet minuman botanikal berserat tinggi dengan campuran spirulina dan prebiotik , MyFiber by Entrusol. Hanya minum 1 sachet sebelum anda tidur dan keesokan pagi anda akan membuang dengan lancar dan lawas. Bagi mereka yang mengalami sembelit, jangan tinggalkan senaman ringan walaupun di bulan puasa. Gaya hidup yang aktif akan memperbaiki masalah sembelit seseorang itu. Kekal sihat di bulan Ramadan dengan MyFiber by Entrusol!

Need help?