5 JENIS MAKANAN YANG BERKESAN MELAWAN KOLESTEROL

Kolesterol oh kolesterol! Tiada siapa yang mahukan kolesterol memandangkan kesannya terhadap kesihatan tubuh badan sangatlah membahayakan dan mengundang pelbagai risiko penyakit. Admin masih ingat salah seorang rakan admin sewaktu di zaman universiti. Orangnya kurus tetapi bila kami sama-sama buat ujian darah untuk menguji kadar kolesterol dalam darah, kami terkejut kerana yang paling kurus itu yang mempunyai bacaan kolesterol tertinggi.

 

Kolesterol merupakan bahan berlemak yang penting bagi memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol baik (HDL) dan juga kolesterol buruk (LDL). Yang memberi kesan buruk terhadap tubuh badan adalah LDL. Jika terlalu banyak kandungan LDL di dalam saluran darah, ia akan melekt pada dinding arteri dan membentuk plak. Apa yang kita perlu pastikan adalah supaya kadar kolesterol kita tidak terlalu tinggi kerana banyak penyakit yang muncul akibatnya. Selain menjalani gaya hidup sihat, pengawalan makanan adalah penting. Pemilihan makanan harian juga penting kerana ia boleh menentukan tahap kesihatan kita.

 

Mari kita lihat 5 jenis makanan yang berkesan melawan kolesterol.

 

  1. Oat

Oat memang makanan paling terkenal di dalam melawan kolesterol. Ia sangat berkesan menghindari penyakit kardiovaskular yang membahayakan.Oat kaya dengan serat larut air yang mengikat kolesterol dan menyingkirkannya dari badan. Kandungan beta glukannya juga terbukti berkesan mengurangkan kadar kolesterol.

 

  1. Ikan

Terdapat beberapa jenis ikan yang tertentu yang berkesan melawan kolesterol. Jika anda mengamalkan pengambilan ikan sebanyak 2 ke 3 kali seminggu, ia berupaya menurunkan LDL. Ambillah ikan yang kaya dengan sumber omega 3 yang baik untuk jantung seperti ikan salmon dan juga ikan makerel. Ikan-ikan ini juga boleh mengurangkan masalah strok. Tetapi jangan lupa masak ikan ini dengan cara yang sihat seperti grill atau stim ya, barulah sihat!

 

  1. Kekacang

Kacang kaya dengan kandungan serat larut air. Badan juga akan mengambil lebih masa untuk menghadam seterusnya memberi rasa kenyang yang lebih berpanjangan. Maka sangat sesuai bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Antara kacang yang terbukti berkesan mengawal kadar kolesterol dalam darah adalah kacang almond dan walnut. Kekacang mengandungi phytosterol yang mengahalang penyerapan kolesterol ke dalam usus. Jadi jangan lupa tambahkannya di dalam sajian anda ya!

 

  1. Avokado

Buah avokado terkenal sebagai buah yang kaya dengan kandungan lemak sihat. Ia juga kaya dengan nutrien serta ia juga kaya dengan lemak monotaktepu dan serat yang juga merupakan dua kandungan yang penting untuk menurunkan kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kolesterol baik HDL.

  1. Buah-buahan

Buah-buahan sudah tentunya salah satu sumber serat yang terbaik. Ia mengandungi serat larut air yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga menggalakkan penyingkiran kolesterol dari badan. Tahukah anda pectin, sejenis serat larut air boleh mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah. Antara jenis buah yang mengandungi pectin termasuklah anggur, buah-buahan sitrus dan strawberi.

 

  1. Bawang Putih

Bawang putih sangat terkenal sebagai bahan remedi semulajadi yang sering disediakan oleh ibubapa kita di rumah. Ia mengandungi allicin iaitu bhan aktif yang mampu menaikkan kolesterol baik HDL dan menurunkan kolesterol jahat LDL. Walaupun rasanya kurang menyenangkan bawang putih memang banyak kebaikannya.

 

Tahukah anda kolesterol merupakan salah satu penyebab utama berlakunya penyakit jantung. Di dalam zaman maju serba moden ini, penyakit jantung tidak hanya menyerang mereka yang berusia, malah ia turut menyerang golongan muda. Pastikan kawal tekanan atau stress, hiduplah dengan lebih gembira supaya anda kekal bahagia. Penyakit akan banyak datang jika kita banyak stress.

 

Amalkan gaya hidup sihat, apa lagi sekarang sejak Perdana Menteri kita mengumumkan PKPP, aktiviti beriadah yang tidak melibatkan kumpulan yang ramai dan tanpa sentuhan sudah mula dibenarkan. Maka anda bolehlah berjogging di taman-taman rekreasi tetapi pastikan anda mengikut SOP yang ditetapkan. Jaga pemakanan dan kawal kalori anda.

 

Jangan lupa amalkan 1 sachet minuman bijirin oat dengan campuran madu dan kurma Entrusol setiap hari. Rasanya yang sedap beserta nutrisi hebat dari kurma dan madu pastinya menjanjikan lebih manfaat kepada kesihatan kita. Kepingan oatnya juga lebih banyak dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Nikmati keunikan dan keceriaan berbeza di dalam 1 sachet ‘Entrusol Oats’.

 

5 JENIS KARBOHIDRAT YANG DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Sedar tak sedar, kita dah berjaya melalui separuh dari bulan puasa dengan baik, alhadulillah syukur. Admin nak bertanya, dah hampir 20 hari ni, ada turun berat badan tak? Atau ada yang bertambah berat badan? Anda yang mana satu? Harapnya anda berada di dalam golongan yang berjaya turunkan berat badan di bulan Ramadan ini. Nanti bolehlah sarungkan baju raya idaman walaupun tak dapat balik kampung, gambar untuk kenangan itu penting!

(selanjutnya…)

JOM KENALI 6 JENIS MAKANAN YANG MENGENYANGKAN DI BULAN RAMADAN

Bulan puasa memang bulan yang Umat Islam nantikan. Inilah masanya untuk beribadat dan juga untuk kita menjaga kesihatan sistem penghadaman kita. Masa yang tepat untuk sistem ini berehat kerana kita juga kurang makan. Namun bagaimana kita nak kekal bertenaga dan kenyang sepanjang puasa?

 

Pemilihan menu sewaktu bersahur dan berbuka penting untuk memberikan rasa kenyang yang mampu bertahan lebih lama. Sebelum ini admin sudah kongsikan apakah jenis makanan yang wajib dielak sepanjang kita bersahur. Hari ni kita lihat pula apa agaknya jenis makanan yang boleh beri rasa kenyang lebih lama di bulan puasa :

cereal, food, healthy

Oat

  1. Oat

Jika dulu kita sering mengaitkan oat sebagai makana untuk warga emas, tidak sedap dan membosankan, hari ini anda mempunyai pelbagai cara menarik untuk menikmatinya. Oat kaya dengan sumber serat yang mana ia akan memenuhkan perut dan memberikan kesan kenyang lebih lama. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan protein, potassium, besi dan juga fosforus. Oat juga dapat mengurangkan kolesterol jahat dalam badan dengan kandungan beta glukan dan oat juga terbukti baik untuk jantung. Selain minum minuman oat, anda juga bole bancuhkan oat dengan air panas dan taburkan potongan buah-buahan yang pelbagai warna supaya dapat mencetuskan sedikit kegembiraan di dalam menikmatinya.

chia seeds, seeds, food

Biji Chia

  1. Biji Chia

Wah ini satu lagi makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Keupayaannya untuk menyerap air dan mengembang di dalam perut akan membuatkan biji chia memberikan rasa kenyang berpanjangan. Taburkan biji chia di atas oat, salad atau yogurt mahupun air kosong dan nikmatinya.

barley, traditional chinese medicine, in the pharmaceutical

Barli

  1. Barli

Barli merupakan salah satu dari sumber karbohidrat kompleks di mana sistem badan mengambil masa lebih lama bagi memprosesnya dan pada masa yang sama ia melepaskan tenaga dengan kadar yang lebih perlahan, maka memberikan tempoh kenyang yang lebih lama. Keupayaan barli untuk menyerap air dan mengandungi kandungan serat yang tinggi akan membuatkan ia mengembang di dalam perut dan memberi efek penuh.

agriculture, food, fresh

Ubi kentang rebus

  1. Ubi kentang rebus

Rebuskan ubi kentang yang telah dibersihkan tanpa buang kulitnya, pasti anda akan dapat menikmati pelbagai manfaat vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ubi kentang kaya dengan air dan karbohidrat dan ia mempunyai kesan yang mengenyangkan. Ubi kentang juga dikatakan mengandungi ‘proteinase inhibitor’ yang mengurangkan selera makan.

 

brussels sprouts, vegetables, rosenkoehlchen

Brussel Sprout

  1. ‘Brussel Sprout’

Jika anda lihat bentuk ‘brussel sprouts’ ia memang kelihatan seperti anak-anak kubis kerana bentuknya sama, cuma saiz sahaja mini. Rasanya sedap dan kebiasannya kita akan jadikan sebahagian daripada ramuan salad. ‘Brussel sprout’ mengandungi kandungan serat yang tinggi yang akan menyebabkan kita berasa lebih kenyang dari biasa. Ia juga bagus untuk proses detoks.

chickpea, isolated, india

Chickpeas

  1. ‘Chickpeas’

Salah satu lagi sumber makanan yang boleh memberikan rasa kenyang adalah ‘chickpeas’ yang kaya dengan serat larut air. Inilah yang menyebabkan kita berasa lebih kenyang. Menu ini merupakan antara makanan yang sentiasa disarankan untuk mereka yang mahu diet.

 

Sebenarnya banyak lagi contoh makanan yang mengenyangkan yang admin mahu kongsikan. Tetapi makanan-makanan di atas sahaja pun sudah cukup untuk membuatkan anda kenyang. Contoh-contoh makanan di atas bolehlah anda simpan dan makan sewaktu sahur terutamanya agar anda lebih kenyang dan bertenaga di waktu siang hari.

 

Anda juga boleh mengambil 1 sachet minuman bijirin oat dengan kurma dengan madu Entrusol kerana ia lengkap dengan oat, kurma dan juga madu bagi memberi bekalan tenaga yang hebat sewaktu keesokan harinya. Hanya tambahkan 180ml air panas dan nikmati keenakannya yang sudah pasti akan membawa keceriaan ke dalam hidup anda semasa bulan Ramadan ini.

 

Need help?