6 Makanan Untuk Tingkatkan Sistem Imun

                Nampaknya tahun 2021 dimulakan dengan penguatkuasaan PKP tempoh kawalan pergerakan sekali lagi untuk beberapa negeri zon merah. Maksudnya virus Covid 19 masih berada di kalangan kita dan kita wajib amalkan SOP yang telah ditetapkan dan juga satu lagi yang wajib kita buat adalah melalui pemakanan!

                Kali ni admin nak kongsikan 6 jenis makanan yang kita patut amalkan untuk bantu tingkatkan sistem imun kita dan seterusnya membantu badan kita melawan sebarang penyakit yang merbahaya. Selain amalkan senaman dan minum air kosong secukupnya, kita juga boleh bantu tingkatkan sistem pertahanan badan kita  melalui pengambilan beberapa jenis makanan. Antaranya termasuklah :

  1. Buah-buahan Sitrus

Biasakan dengar yang buah lemon bagus untuk bantu kita lawan penyakit? Ya! Memang tepat sekali, buah-buahan sitrus seperti lemon, oren, limau sememangnya kaya dengan vitamin C yang sangat bermanfaat untuk melawan  jangkitan selsema. Dengan pertambahan vitamin C, penghasilan sel darah putih juga akan dipertingkatkan seterusnya membantu badan kita melawan penyakit. Jadi jangan lupa masukkan perahan lemon ke dalam air suam dan minum sebagai minuman harian anda. Pastikan anda tak minum dengan perut kosong jika anda ada gastrik ya.

2. Madu

Natural Healer atau penyembuh semulajadi yang terbukti terkenal sebagai anti bakteria sejak berzaman lagi. Megandungi kadar anti oksida yang tinggi, ini sangat penting untuk mengurangkan radikal bebas yang menjadi punca kerosakan sel.

3.  Bawang putih

Bawang putih memang terkenal sebagai antara bahan perasa yang wajib ada dalam setiap menu. Aromanya yang menambahkan kelazatan hidangan juga sebenarnya sangat bagus sebagai makanan yang mampu melawan pelbagai jangkitan. Ada lagi.. bawang putih juga bagus untuk melambatkan proses pengumpulan plak di arteri jantung dan pada masa yang sama bermanfaat untuk mengurangkan tekanan darah.

4. Oat

Tahukah anda bijirin oat pun bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Kandungan serat beta glukan mampu meningkatkan pertumbuhan sel darah putih yang boleh melawan serangan jangkitan dengan lebih efektif. Selain itu oat juga mengandungi zink yang merupakan nutrient baaik untuk kekal lebih sihat.

5. Yogurt

Anda sukakan makanan masam-masam? Haa..kalau macam tu mesti anda akan sukakan yogurt. Ada pelbagai perisa dan paling best yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik yang sangat berguna untuk sistem penghadaman dan sistem imun badan kita. Lebih baik jika anda memilih jenis yogurt Greek dan jangan lupa pilih yang kurang manis. Sesetengah yogurt juga mengandungi vitamin D yang berpotensi meningkatkan sistem pertahanan badan kita bagi melawan jangkitan penyakit.

6. Teh Hijau

Penggemar teh bolehlah bersorak kerana ini berita baik untuk anda! Dengan amalan minum teh hijau (pastikan tanpa gula ya), yang tinggi kandungan anti-oksida, badan anda akan dilindungi dari radikal bebas yang menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Teh hijau juga boleh memperbaiki sistem imun badan dan pada masa sama boleh meningkatkan kadar metabolism badan, juga berita yang sangat disukai oleh mereka yang ingin berdiet. Berapa kali nak amalkan sehari? 1 ke 2 cawan sudah memadai untuk memberi kesegaran kepada tubuh badan anda sepanjang hari!

Nampaknya ada banyak lagi jenis makanan yang kita boleh amalkan setiap hari untuk bantu tingkatkan sistem imun badan kita. Walaupun virus Covid-19 masih lagi ada di sekeliling kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk jaga kesihatan kita agar dapat melawan penyakit dengan lebih efektif. Pastikan anda juga mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam dan juga amalkan pemakanan seimbang. Jangan lupa 1 sachet Minuman Bijirin Oat Entrusol setiap pagi, pasti anda kekal ceria dan aktif sepanjang hari!

Need help?