6 Makanan Untuk Tingkatkan Sistem Imun

                Nampaknya tahun 2021 dimulakan dengan penguatkuasaan PKP tempoh kawalan pergerakan sekali lagi untuk beberapa negeri zon merah. Maksudnya virus Covid 19 masih berada di kalangan kita dan kita wajib amalkan SOP yang telah ditetapkan dan juga satu lagi yang wajib kita buat adalah melalui pemakanan!

                Kali ni admin nak kongsikan 6 jenis makanan yang kita patut amalkan untuk bantu tingkatkan sistem imun kita dan seterusnya membantu badan kita melawan sebarang penyakit yang merbahaya. Selain amalkan senaman dan minum air kosong secukupnya, kita juga boleh bantu tingkatkan sistem pertahanan badan kita  melalui pengambilan beberapa jenis makanan. Antaranya termasuklah :

  1. Buah-buahan Sitrus

Biasakan dengar yang buah lemon bagus untuk bantu kita lawan penyakit? Ya! Memang tepat sekali, buah-buahan sitrus seperti lemon, oren, limau sememangnya kaya dengan vitamin C yang sangat bermanfaat untuk melawan  jangkitan selsema. Dengan pertambahan vitamin C, penghasilan sel darah putih juga akan dipertingkatkan seterusnya membantu badan kita melawan penyakit. Jadi jangan lupa masukkan perahan lemon ke dalam air suam dan minum sebagai minuman harian anda. Pastikan anda tak minum dengan perut kosong jika anda ada gastrik ya.

2. Madu

Natural Healer atau penyembuh semulajadi yang terbukti terkenal sebagai anti bakteria sejak berzaman lagi. Megandungi kadar anti oksida yang tinggi, ini sangat penting untuk mengurangkan radikal bebas yang menjadi punca kerosakan sel.

3.  Bawang putih

Bawang putih memang terkenal sebagai antara bahan perasa yang wajib ada dalam setiap menu. Aromanya yang menambahkan kelazatan hidangan juga sebenarnya sangat bagus sebagai makanan yang mampu melawan pelbagai jangkitan. Ada lagi.. bawang putih juga bagus untuk melambatkan proses pengumpulan plak di arteri jantung dan pada masa yang sama bermanfaat untuk mengurangkan tekanan darah.

4. Oat

Tahukah anda bijirin oat pun bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita. Kandungan serat beta glukan mampu meningkatkan pertumbuhan sel darah putih yang boleh melawan serangan jangkitan dengan lebih efektif. Selain itu oat juga mengandungi zink yang merupakan nutrient baaik untuk kekal lebih sihat.

5. Yogurt

Anda sukakan makanan masam-masam? Haa..kalau macam tu mesti anda akan sukakan yogurt. Ada pelbagai perisa dan paling best yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik yang sangat berguna untuk sistem penghadaman dan sistem imun badan kita. Lebih baik jika anda memilih jenis yogurt Greek dan jangan lupa pilih yang kurang manis. Sesetengah yogurt juga mengandungi vitamin D yang berpotensi meningkatkan sistem pertahanan badan kita bagi melawan jangkitan penyakit.

6. Teh Hijau

Penggemar teh bolehlah bersorak kerana ini berita baik untuk anda! Dengan amalan minum teh hijau (pastikan tanpa gula ya), yang tinggi kandungan anti-oksida, badan anda akan dilindungi dari radikal bebas yang menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Teh hijau juga boleh memperbaiki sistem imun badan dan pada masa sama boleh meningkatkan kadar metabolism badan, juga berita yang sangat disukai oleh mereka yang ingin berdiet. Berapa kali nak amalkan sehari? 1 ke 2 cawan sudah memadai untuk memberi kesegaran kepada tubuh badan anda sepanjang hari!

Nampaknya ada banyak lagi jenis makanan yang kita boleh amalkan setiap hari untuk bantu tingkatkan sistem imun badan kita. Walaupun virus Covid-19 masih lagi ada di sekeliling kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk jaga kesihatan kita agar dapat melawan penyakit dengan lebih efektif. Pastikan anda juga mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam dan juga amalkan pemakanan seimbang. Jangan lupa 1 sachet Minuman Bijirin Oat Entrusol setiap pagi, pasti anda kekal ceria dan aktif sepanjang hari!

KURUS DI BULAN RAMADAN ? KENALI 12 JENIS SAYUR-SAYURAN BERKALORI RENDAH INI

Antara faktor plan hendak kurus tak jadi adalah kerana kegagalan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik. Bila ianya bermasalah, maka badan sukar menyingkirkan bahan toksik dari badan, dan nutrien baik untuk badan tidak dapat diserap. Apabila badan menerima isyarat bahawa badan kurang nutrisi, maka ia akan memberi isyarat bahawa kita perlu makan lagi. Aktiviti inilah yang makin menambah kalori di dalam badan kita lantas membawa kepada kegemukan.

 

Ramai hendak kurus di bulan Ramadan. Walaupun ada kemungkinan kita hanya boleh beraya di rumah, tetapi nak ‘OOTD’ atau bergay dengan baju raya dan post di media sosial merupakan satu tradisi tahunan yang takkan ditinggalkan. Maka perlu lah kelihatan langsing dengan baju raya masing-masing. Antara makanan yang perlu diambil oleh mereka yang mahu berdiet adalah sumber serat ataupun sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran juga da kandungan kalori masing-masing. Jadi, sangat penting untuk anda makan dalam kuantiti yang disarankan agar tidak melebihi keperluan kalori seharian anda.

 

Admin hendak kongsikan apakah senarai sayur-sayuran yang mempunyai kalori rendah yang anda boleh nikmati tanpa rasa bersalah jika anda mahu kurus. Antaranya termasuklah ( ukuran untuk sukatan satu cawan setiapnya) :

 

  1. Timun dengan 16 kalori
  2. Bayam dengan 7 kalori
  3. Cendawan dengan 15 kalori
  4. Timun Jepun dengan 20 kalori
  5. Salad dengan 5 kalori
  6. Asparagus dengan 27 kalori
  7. Lobak merah dengan 18 kalori
  8. Brokoli dengan 31 kalori
  9. Daun saderi dengan 16 kalori
  10. Kale dengan 5 kalori
  11. Salad air dengan 4 kalori
  12. Kubis dengan 22 kalori

 

Bukan sahaja ia berkalori rendah, malah sayur-sayuran ini mempunyai pelbagai zat dan vitamin baik yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika anda ingin mengawal pengambilan kalori seharian anda, wajib untuk ada pilih cara masakan yang sihat. Sebaiknya ambillah secara segar tanpa dimasak seperti ulam. Kesemua yang disenaraikan di atas sesuai dimakan tanpa dimasak dan sesuai dijasikan snek!

 

Sumber serat sangat penting bagi yang mahu menurunkan berat badan kerana ia memberi rasa kenyang yang lebih kerana keupayaan serat untuk menyerap air dengan lebih dan mengembang di dalam perut anda. Minum air dengan secukupnya dan lakukan senaman ringan.

 

Anda juga boleh amalkan sumber serat lain seperti minuman botanikal berserat tinggi dengan campuran spirulina dan prebiotik , MyFiber by Entrusol. Hanya campurkan 1 sachet di dalam 150 ml air sejuk atau air bersuhu bilik dan nikmati rasa buah markisa yang sedap dan tidak memualkan. MyFiber juga bagus untuk membantu melancarkan pembuangan air besar di mana bagus untuk proses detoksifikasi. Sekiranya sistem penghadaman anda baik, sistem pembuangan air besar juga lancar, maka lebih mudahlah anda mendapatkan berat atau bentuk badan yang diidamkan menjelang Aidilfitri kelak. Sama-sama kita jaga kesihatan badan di sepanjang bulan puasa ini.

5 SUMBER SERAT ELAK SEMBELIT SEPANJANG RAMADAN

Kebiasanya, setiap kali bulan puasa, admin memang ada senarai makanan yang wajib ada sewaktu berbuka. Mengidam di bulan puasa bukan hanya untuk ibu hamil tau, kita pun ada juga senarai makanan yang diidamkan sewaktu Ramadan. Kalau admin, setiap kali Ramadan wajib ada tepung pelita, murtabak dan roti john.

Walaupun makanan-makanan itu boleh didapati dengan mudah walaupun bukan di bulan puasa, tetapi mungkin dah jadi kebiasaan atau budaya. Mungkin untuk tambahkan kemeriahan berpuasa. Bagaimana dengan anda? Apa juadah wajib anda untuk Ramadan?

(selanjutnya…)

Need help?