3 Waktu Makan Terbaik Untuk Turun Berat Secara Efektif

Anda selalu makan ikut suka hati tak tentu masa? Kadang-kadang tak sempat nak sarapan dan hanya bersarapan bila dah masuk tengahari? Bahaya tu! Sebab jika anda selalu makan tak ikut masa, tahukah anda yang berat badan pun senang je nak naik.

                Jadi waktu bilakah paling sesuai nak makan sajian utama untuk setiap hari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam? Jom admin kongsikan bilakah waktu yang terbaik. Maka senanglah nak turun berat badan dengan sihat lepas ni.

Sarapan

                Waktu terbaik untuk menikmati sarapan anda adalah sekitar jam 7 ke 8 pagi. Waktu tu perut kita agak berasid setelah bangun dari tidur. Jadi jangan biarkan lama perut tu kosong, ambillah sarapan yang mudah dan cepat nak disediakan dan yang penting sihat dan bernutrisi. Nak makan makanan berat di pagi hari? Bukan tak boleh tapi nanti badan mudah jadi lesu dan mengantuk di pejabat nanti. Elakkan makan tengahari lebih dari pukul 10 pagi dan sebaiknya anda harus bersarapan sejurus selepas 30 minit anda bangun dari tidur. Kalau anda selalu sarapan sekali dengan makan tengahari atau ‘brunch’ elakkan ya! Sebab bila perut terbiar lama kosong, nanti anda akan rasa tersangat lapar masa makan tengahari dan tanpa disedari akan makan secara berlebihan.

Makan Tengahari

                Bila pula masa terbaik untuk makan tengahari? Jawapannya adalah pada pukul 12.30 tengahari ke 2.00 petang. Sebaik-baiknya cuba elakkan makan tengahari melebihi jam 4 petang. Kalau nak tahu masa terbaik makan tengahari adalah lebih kurang 4 jam selepas bersarapan. Pastikan juga bila sarapan tu, anda amalkan konsep suku-suku separuh. Pastikan ada karbohidrat, protein, lemak sihat dan juga serat.

Makan Malam

                Tak salah nak makan malam tetapi yang penting adalah kita wajib tahu bila masa yang sesuai nak makan malam serta apakah sajian makanan yang sesuai diambil semasa makan malam. Waktu terbaik untuk kita menikmati sajian makan malam adalah sekitar 6 petang ke 9 malam. Ingat , jangan makan selepas jam 10 malam tau. Anda perlu berhenti makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum anda tidur. Jika anda selalu mengamalkan makan lewat malam dan terus tidur selepas pulang ke rumah, haa…kena bertaubat ok! Sebab badan kita tak sempat nak hadam dan proses makanan yang kita makan.

                Sebelum kita mengawal jenis makanan yang sesuai untuk berdiet, jom kita kawal dan jaga masa makan kita okay.  Bagi yang selalu sibuk dan terkejar-kejar masa tu, bolehlah cari makanan yang ringkas dan bernutrisi. Kalau tak sempat sarapan, ehem…cubalah minuman bijirin oat Entrusol. Sia pada 3 rasa yang sedap. Hanya koyakkan , tambah air panas dan terus minum. Kalori rendah,haa… itu yang penting kalau nak diet dan turun berat badan dengan sihat. Bagi yang bekerja, bawalah bekal dari rumah supaya anda dapat jimat masa nak keluar makan tengahari. Jaga waktu makan okay!

6 TIPS KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADAN

Selain memastikan pemilihan makanan yang seimbang sewaktu berbuka dan bersahur, ada satu lagi perkara yang kita usah abaikan jika mahu kekal sihat. Iaitu bersenam dan harus kekal aktif walaupun sedang berpuasa. Puasa bukan alasan untuk kita bermalas-malasan malah apa yang perlu kita lakukan adalah seimbangkan senaman ringan beserta diet yang seimbang, inshaallah sempat lagi nak berbadan J.Lo menjelang raya nanti.

 

Sepanjang Ramadan usahlah kita hanya bermalas-malasan dengan tidur berpanjangan atau hanya bermain ‘game’ dari pagi sehingga malam, sungguh rugi masa dibazirkan begitu sahaja bukan? Jangan lupa, puasa bukan tiket untuk kita menjadi lemau. Sebenarnya apabila kita berpuasa, badan kita sedang melalui proses detoks di mana bahan yang kita tidak perlukan akan disingkirkan. Maka badan yang terhasil adalah lebih segar dan bertenaga kerana tiada lagi toksin dalam badan yang mengganggu sistem tubuh badan kita.

 

            Admin kongsikan 6 saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita kekal cergas walaupun di bulan Ramadan.

 

  1. Sasarkan 10,000 langkah dengan melakukan aktiviti fizikal

Ya! Jangan lupa target 10,000 langkah setiap hari. Bagaimana nak jalan kalau kita hanya duduk di rumah? Anda boleh jalan keliling meja, ruang tamu, naik turun tangga dan apa sahaja ruang di rumah. Biasakan diri untuk cukupkan 10,000 langkah ini. Pergerakan sebegini sebenarnya memberi kan kesegaran pada tubuh badan agar kita berpeluh. Jangan lupa, salah satu cara toksin dikeluarkan adalah melalui peluh!

 

  1. Elakkan duduk atau berbaring lebih dari 2 jam

Jangan duduk atau baring melebihi 2 jam. Mengapa? Kerana ia hanya akan buatkan anda lebih malas dan lesu untuk bergerak. Perasaan emosi negatif sebegini sebenarnya membuatkan mental kita tidak sihat dan ia juga tidak baik untuk kesihatan fizikal kita.

 

  1. Tidur seketika untuk mengembalikan kesegaran badan

Ambillah ‘nap’ atau tidur sebentar bagi mengembalikan kesegaran di dalam 10 ke 15 minit. Tak perlu tidur berjam-jam lamanya kerana akan buatkan kita merasa keletihan dan penat yang berlebihan.

 

  1. Lakukan senaman secara konsisten30 minit sehari

Anda boleh periksa banyak video di youtube yang menunjukkan cara-cara senaman ringkas yang sesuai dilakukan ketika berpuasa. Walaupun puasa, jangan culas bersenam ya!

 

  1. Lakukan senaman 30 ke 45 minit sebelum waktu berbuka

Jangan lakukan senaman terlalu awal kerana dikhuatiri anda akan kepenatan sepanjang hari. Seelok-eloknya bersenam sebelum berbuka supaya sedang elok anda habiskan senaman, terus masuk waktu berbuka.

 

  1. Kekal aktif dengan senaman yang menyeronokkan

Senaman tidak semestinya perlu bosan dan menyusahkan. Cari lah video-video senaman yang menggembirakan seperti lagu kesukaan anda agar anda lebih bermotivasi bersenam. Cari rakan yang boleh turut serta bersama-sama supaya lebih mengujakan.

 

Maka sebenarnya walaupun berpuasa, kita masih boleh kekalkan gaya hidup aktif dengan syarat biarlah senaman yang berpada-pada yang bersesuaian dengan stamina kita terutamanya di bulan puasa ini. Ambil makanan yng sihat dan air masak di waktu sahur agar dapat membekalkan tenaga di sepanjang hari kita berpuasa.

 

Jangan lupa ambil 1 sachet MyFiber by Entrusol yang memberikan bekalan tenaga yang segar di bulan puasa ini. Selain kaya dengan sumber serat yang penting untuk badan, ia juga mengandungi superfood iaitu spirulina yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral serta prebiotik iaitu bakteria baik yang dapat memperbaiki sistem penghadaman kita. Bulan puasa  ini di samping kita beribadat kepada Nya, ambillah peluang untuk sihatkan badan anda. Selamat berpuasa dan selamat menjaga kesihatan usus anda!

 

 

Need help?