4 TIPS KAWAL GASTRIK DI BULAN RAMADAN

Selain topik sahur dan berbuka nak makan apa, ada satu lagi topik popular yang kita biasa dengar sewaktu Ramadan. Gastrik! Di dalam 10 orang, kebiasannya dalam 5 ke 6 orang mengalami gastrik, apatah lagi sewaktu bulan puasa ini. Ada yang sampai tak mampu nak berpuasa langsung selama sebulan kerana serangan gastrik yang teruk semasa berpuasa.

Jika sebelum ini admin sudah kongsikan tips pemakanan yang sesuai untuk mereka yang mengalami gastrik, kali ini admin kongsikan pula apa tips untuk mengurangkan gastrik sepanjang Ramadan ini. Mudah-mudahan boleh berpuasa lebih dari biasa.

 

Antara tips yang ada termasuklah :

 

  1. Berhenti merokok

Sejak banyak membaca mengenai sistem penghadaman ini, admin sebenarnya agak terkejut kerana banyak juga masalah penghadaman yang jadi makin buruk akibat merokok. Merokok memang sudah pasti tidak baik untuk kesihatan, tetapi pada masa yang sama, ramai yang kurang peka bahawa merokok boleh memberi kesan yang tidak baik kepada sistem penghadaman. Nikotin di dalam rokok berpotensi menggalakkan lagi rembesan asid gaster di dalam perut. Lazim mengetahui bahawa asid perut sangat bersifat menghakis dan bagi mereka yang mengalami gastrik, ini hanya akan memburukkan lagi sahaja keadaan. Tolonglah jangan berbuka puasa dengan sebatang rokok.

cigarettes, ash, tilt

  1. Kurangkan stress

Stress berpotensi meningkatkan jus gaster yang bersifat asidik di dalam perut. Walaupun di bulan puasa, janganlah pula kita stress sebab lapar. Di dalam bulan puasa, apatah lagi di dalam musim PKP ini, kita ada banyak masa untuk fokus kepada aktiviti beribadah kita. Bukankah kita dituntut untuk bersabar lebih di bulan ini. Amalakan senaman ringkas yang tidak membebankan, lakukan hobi kegemaran anda dan jauhi perkara-perkara yang boleh meningkatkan stress.

stress, despair, burden

  1. Makan di dalam kuantiti yang sedikit

Makan secara sedikit dan perlahan-lahan. Terutamanya sewaktu berbuka puasa, jangan melahap ya. Tak ke mana semua juadah tu, akan tetap kekal di atas meja. Makan dengan mulakan makanan berunsurkan cecair diikuti dengan makanan pejal. Yang terbaik mulakan dengan minuman panas atau suam dahulu. Jika makan terlalu banyak, banyak jugalah jumlah jus gaster yang akan dirembeskan dan ini menyakitkan bagi pesakit gastrik.

breakfast, healthy, hummus

  1. Jaga waktu makan

Pesakit gastrik jangan sesekali ponteng sahur. Ianya sangat penting bagi membekalkan tenaga dan memastikan ada makanan di dalam perut menjelang siang. Pilih makanan dari sumber karbohidrat kompleks seperti nasi perang dan oat agar perut anda kekal kenyang lebih lama. Elakkan makan kuih-muih yang manis, makanan masin atau makanan berproses sewaktu sahur kerana ia akan membebankan sistem penghadaman kita.

alarm clock, time of, good morning

Bulan puasa kali ini sebenarnya istimewa kerana kita tidak lagi terkejar-kejar waktu berbuka sehingga perlu makan tak tentu masa dan asyik makan makanan segera kerana tidak sempat. Hargailah tempoh PKP ini kerana kita punyai lebih masa untuk  merancang menu harian yang lebih sihat dan juga ini merupakan masa berkualiti yang boleh kita gunakan bersama keluarga tersayang.

 

Bagi yang mengalami gastrik, amalkan pengambilan 1 sachet MyFiber by Entrusol iaitu minuman botanikal berserat tinggi yang diperkaya oleh spirulina ( superfood ) dan juga prebiotik. Kedua-dua bahan ini mampu memberikan lebih banyak manfaat terhadap kesihatan sistem penghadaman kita. Ramai juga pesakit gastrik yang memberi maklumbalas positif di mana sejak pengambilan MyFiber by Entrusol, gastrik mereka semakin berkurangan. Pada masa yang sama jangan lupa ikuti tips-tips yang telah diberikan dan amalkan gaya hidup sihat di sepanjang bulan Ramadan ini. Selamat Berpuasa!

 

Need help?