5 PENYEBAB POLIP KOLOREKTAL YANG MERBAHAYA

            Ilmu perihal sistem penghadaman semestinya sangat luas dan sangat menarik untuk kita pelajari bersama. Antara bahagian yang kita perlu beri perhatian lebih sudah pastilah kolon ataupun lebih umum dikenali sebagai usus besar. Antara bahagian paling akhir sebelum bahan-bahan yang tidak diperlukan badan disingkirkan sepenuhnya. Tanpa sistem pembuangan yang baik sudah pasti sukar untuk kita mendapat tahap kesihatan yang optimum.

Pernahkah anda terdengar perkataan ‘polip’? Lebih ramai yang mengenali istilah tumor atau ketumbuhan. Polip kolorektal merupakan sejenis ketumbuhan yang boleh didapati di dalam  permukaan dalam saluran usus kecil dan besar. Jika ianya tidak dikawal, polip yang asalnya tidak merbahaya boleh menyebabkan kanser kolorektal. Jika ia dikesan awal, doktor boleh melakukan pembedahan membuang polip supaya dapat mengelakkan risiko kanser.

Gambarajah menunjukkan penyingkiran polip pada dinding usus. Kredit Gambar : Hakcipta © 2020 Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Siapakah yang berisiko mengalami polip kolorektal? Kebiasannya ia lebih cenderung menyerang golongan berusia terutamanya yang lebih 50 tahun, mereka yang mempunyai sejarah polip ataupun mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai ketumbuhan. Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami kanser kolon juga berisiko lebih tinggi mengalami masalah polip.

Kebanyakan kanser kolon tidak mempunyai simptom dan kebanyakan kes kanser juga begitu. Namun, antara petanda yang anda boleh beri lebih perhatian adalah jika mempunyai tanda-tanda seperti darah pada seluar dalam selepas membuang air besar, darah di dalam najis, sembelit dan cirit-birit kronik yang berlarutan lebih dari seminggu.

            Jika kita mempunyai salah satu risiko yang dinyatakan di atas, kita haruslah lebih menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Antara faktor-faktor yang boleh menambahkan lagi risiko terkena polip kolorektal adalah :

 

  1. Merokok

Tabiat buruk ini memang merupakan antara punca terbesar berlakunya pelbagai penyakit bahaya. Sebaiknya adalah kurangkan dan berusahalah untuk berhenti.

man, smoking, smoke

  1. Berlebihan berat badan dan obesiti

Obesiti sudah tentu antara penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya , sama seperti kesan daripada merokok. Dengan berat badan yang tidak sihat, pelbagai aktiviti akan tergendala dan terganggu. Apatah lagi memberi kesan kepada tahap emosi seseorang. Dapatkan BMI yang sihat dan ubah gaya pemakanan.

obesity, fat, nutritionist

  1. Kurang aktif dan tidak bersenam

Mereka yang kurang bersenam lebih cenderung mengalami masalah sembelit. Dengan kurang aktif juga akan membuatkan badan kurang cergas dan mudah naik berat badan. Luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 ke 5 kali seminggu.

sleep, rest, concerns

 

  1. Terlalu banyak makan makanan berproses

Makanan berproses sudah lama terbukti buruk untuk kesihatan, namun masih diminati masyarakat. Mungkin kerana ianya mudah dan cepat. Makanan berproses lazimnya kaya dengan pengawet dan bahan tambahan yang membahayakan kesihatan. Selain itu mereka yang lebih kerap makan daging merah juga berisiko mengalami polip. Banyakkan makanan dari sumber serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

  1. Pesakit Inflammatory Bowel Syndrome ( IBS )

Mereka yang mempunyai masalah IBS seperti Chrons Disease dan Ulcerative Colitis, yang merupakan dua jenis penyakit penghadaman yang popular adalah lebih berisiko mengalami polip kolorektal. Antara punca dua masalah ini berpunca dari sembelit.

Bagi mereka yang mempunyai masalah polip kolorektal, selain ia boleh menyebabkan risiko kanser kolon, ia juga boleh menyebabkan satu lagi masalah penghadaman iaitu intussusception. Di mana apabila wujudnya polip di dalam kolon, proses pergerakan usus akan tergganggu dan menyebabkan usus berpotensi terlipat dan menghalang makanan daripada digerakkan. Pesakit biasanya akan kesakitan yang sangat kronik dan biasanya memerlukan pembedahan segera.

Antara perkara penting untuk kita sama-sama jaga adalah mengawal gaya pemakanan harian kita. Biasakan diri untuk kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak kerana ia membebankan sistem penghadaman kita. Tambah pengambilan sumber makanan berserat tinggi supaya memudahkan sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

Anda juga boleh mengambil 1 sachet MyFiber by Entrusol, iaitu minuman botanikal berserat tinggi yang kaya dengan prebiotik dan spirulina. Bukan sahaja ia membantu melancarkan proses pembuangan najis, malah ia membekalkan nutrisi baik kepada usus melalui kandungan prebiotik dan spirulina. Jangan lupa minum air dengan banyak setiap hari ya!

Klik pada gambar untuk promosi

 

Need help?